www.flickr.com

Saturday, July 15, 2006

Hezbollah Mengugat

Saya masih ingat lagi, dalam wawancara bersama Dr. Farish A. Noor (2004) sebelum ini, beliau ada menyebut mengenai perbedaan antara Hezbollah berbanding dengan gerakan-gerakan Islam yang lain. Jelas, dalam beberapa keadaan Hezbollah memang tampak lebih konsisten, sistematik dan strategis. Memang, Hezbollah memang tidak pandai untuk 'bermain politik' seperti gerakan Islam lain.

Taktik menawan askar Israel, dan menuntut pembebasan tawanan Arab dipenjara Israel adalah idea dan praktik Hezbollah. Idea ini kemudian turut dipraktikkan oleh Hamas. Malah, seperti ungkap Mohamad Sabu, Hezbollah bukan sekadar kelihatan mewakili citra Islam, malah turut menampilkan imej nasionalis tulen bangsa Arab. Justeru, rakyat Lebanon sangat menghormati peranan Hezbollah di pentas politik mereka.

Mohamad Sabu, saya kira, mempunyai asas untuk menyatakan demikian. Keupayaan beliau membawa Almarhum Ustadh Fadzil Noor dan PAS ke Lebanon, untuk bertemu Sheikh Hassan Nasrallah, Ayatollah Fadhullah Hussein, sambil mendekati Hezbollah, mencerminkan penguasaan beliau tentang latar konflik Israel-Lebanon-Palestin.

Jadi, adakah taktik menawan tentera Israel yang sekali lagi dilakukan oleh Hezbollah boleh mengundang kejayaan? Sebaliknya, serangan dramatik Israel pula yang tidak diundang hadir. Bukan sekali, malah berkali-kali. Saya serius menantikan babak seterusnya, lebih-lebih lagi melihat bagaimana peranan Syria dan Iran dalam menghadapi konflik keras ini.

Tetapi, apapun saya tidak fikir kuartet Iran-Syria ini dapat menumbangkan entiti zionis ini. Mereka barangkali hanya dapat bertahan sahaja, bukannya mengalahkan Israel.

7 comments:

Jong said...

salam,
Inshaallah Israel akan mengalami pedih yang amat sangat meskipun tak dikalahkan.
Inshaallah Imam Zaman akan muncul menjelma kembali membawa panji2 keadilan.

Aqil Fithri said...

iya, barangkali hanya 'utusan' Tuhan sahaja yang boleh mengalahkan Israel. kerana kekuatan Israel bukanlah kekuatan manusia!

Anonymous said...

Salam, Ya Rasulullah, tentera kamu datang untuk menghancurkan tentera Israel. Ya Sahibul Zaman! Terima lah anggota Hizbullah yang di pimpin Sayyed Nasrullah sebagai tentera mu untuk membebaskan bumi Al-Quds. Ya Zahra !

Khalid Jaafar said...

Orang Arab perlu mula berfikir bagaimana untuk menjadi jiran kepada Israel. Mereka yang ingin berperang dengan Israel perlu membaca The Book of Joshua. Saya ada mengutip ayat-ayat relevan dalam "Nota Perang 1" dalam posting bulan Mach di blog saya. Bangsa Yahudi telah merempat, dihina dan dianiaya selama tiga ribu tahun. Penderitaan rakyat Palestin baru 50 tahun. Setelah tiga ribu tahun menderita baru 50 tahun lalu mereka punya negara sendiri. Mereka akan mempertahankan negara mereka meskipun jadi abu. Saya kalau Hizbollah dan Hamas ingin terus menghapuskan Israel mereka akan terlebih tahulu menjadi abu. Pilihan lain kepada menjadi abu adalah perdamaian. Prasyarat perdamaian adalah mengiktiraf hak Israel untuk wujud sebagaimana yang dilakukan oleh Mesir dan Jordan.

Jong said...

salam,
kasihan....Allahu yahdik.
untuk sdr Aqil - ya, yang jadi onar ialah zionis.

Aqil Fithri said...

salaam Pak Khalid,

tahun 1978 selepas penjanjian kem david, Anwar Sadat mengambil inisiatif untuk membuka hubungan diplomatik Mesir-Israel.

reaksi dari itu, Anwar Ibrahim menganjurkan demostrasi mengecam politik Anwar Sadat.

Anwar Ibrahim memekik, "jangan samakan Anwar Ibrahim dengan Anwar Sadat!". Anwar Ibrahim, ketika itu, jelas begitu keras dengan pendekatan baru Mesir ini.

justeru, saya percaya sikap Anwar Ibrahim terhadap Israel masih lagi konsisten. tetapi, bagaimanakah sikap Pak Khalid dewasa ini -- tentang Israel -- boleh berbeza dengan Anwar?

Aqil Fithri

Anonymous said...

I like it! Keep up the good work. Thanks for sharing this wonderful site with us.
»