www.flickr.com

Sunday, September 17, 2006

Godam

"Oleh cinta peribadi kian abadi
Lebih hidup, lebih menyala, dan lebih kemilau
Dari cinta menjelma pancaran wujudnya
Dan perkembangan kemungkinan yang tak diketahui semula
Fitrahnya mengumpul api dari cinta
Cinta mengajarinya menerangi alam semesta
Cinta tak takut kepada pedang dan pisau belati
Cinta tidak berasal dari air dan bumi
Cinta menjadikan perang dan damai di dunia
Sumber hidup ialah kilau pedang cinta" - Muhammad Iqbal

Muhammad Iqbal (1873-1938), sang pujangga besar dari benua kecil itu pernah menukil sajak elok ini dalam Asrar-i Khudi. Sebuah rakaman yang sangat indah --> mengambarkan semangat sebuah cinta. Nah, begitu juga Ummahonline.com! Mereka -- team portal, rakan teknikal, ahli dan tetamu -- adalah sebahagian daripada mereka yang cintakan idealisme, hidup atas cinta ini, dan bertahan kerana cinta ini. Dan, kerana itu, apakah mereka yang memiliki ilmu untuk kerja-kerja mengodam memikirkan bahawa idealisme itu akan lumat dan terhenti. Memang, jika ada yang memiliki ilmu yang menipis lantas ia menjadi kulit ular, namun di hujung sana maseh ada juga hati bersih yang menebal lantas ia menjadi sahabat. Mereka inilah yang selama ini membantu portal ragam fikiran ini. Mereka tidak lokek-lokek meruang masa, mengirim pandangan, memberi galakan, malah menghulur kritikan molek. Dan, tentunya godam bukanlah jawapan akhir untuk melumatkan idealisme mereka semua ini. Atas nama nama ini (cinta idealisme), duakan agar Ummahonline.com pulih seperti asal, atau tampil lebih baik lagi!

4 comments:

zarch said...

Semoga Allah membantu dan merahmati mereka-mereka yang tidak putus-asa dalam memperjuangkan agama, memperjuangan kedamaian...tidak kira ummi atau berpelajaran, buruh atau pengurus, pelajar atau pengajar dan seterusnya dalam apa sahaja keadaan mereka, kerana Islam meletakkan hak bersama dan kewajiban bantu-membantu dalam hal-hal untuk kebaikan dan ketaqwaan.

Amin Ahmad said...

Aqil,

Patutla ana masuk terkejut tiba-tiba hanya ada berita demo siswa di PWTC sahaja dengan notis masalah UoL.

Tak apa Aqil, dulu dalam banyak gurau teman-teman kampus mereka selalu menyebut begini "Orang alim, wara' dan soleh memang selalu kena uji".

Maka, sabar adalah dituntut..

Aqil Fithri said...

salaam teman2~

terima kaseh! begitulah dunia. sebab itu, janganlah kita menjadi seperti Burhanuddin al-Helmy.

kata Ahmad Boestaman, kelemahannya adalah kerana sering menganggap semua orang baik sepertinya.

malah, Sa'di si pengarang Gulistan itu juga pernah bermadah tentang kezaliman,

"jika raja makan sebutir epal dari kebun rakyat,
anak buahnya akan mencabut semua pohonnya,
orang zalim tidak selalu abadi,
tetapi laknat akan terus lestari"

--> jadi, marilah kita sama2 belajar dari pengalaman mereka semua ini.

afna-z said...

Assalamualaikum...
mm..macam-maca meta ada yer..?
Metasemiotik ada tak?