- Di Masjid Narmak, dan kebetulan pula pada hari Ashuraa, Ali Shari’ati telah mengemakan sebuah pesanan bagi mengenang syahidnya Reza’i di tangan regim Shah Pahlevi, seorang mahasiswa pro-marxisme. Sebahagian getaran ucapannya bisa diamati dibawah, manakala teks penuh dapat disemak menerusi Martyrdom: Arise and Bear Witness.
“Saudari dan saudaraku! Para syuhada kini telah mati, dan kita—yang mati—masih hidup. Para syuhada telah menyampaikan pesan mereka kepada kita, dan kita—yang tuli—adalah penonton-penontonnya. Mereka yang berani telah memilih kematian, dan telah pergi; kita—yang pengecut—masih di sini. Kita telah terpaku di sini beratus-ratus tahun. Memanglah munasabah jika dunia mengetawakan kita, sebab kita adalah lambang kehinaan dan kerendahan, yang menangisi untuk Husayn dan Zaynab, yang merupakan manifestasi kehidupan dan kehormatan. Inilah dia satu lagi kezaliman sejarah; bahawa kita— yang keji—harus menjadi peratap tokoh-tokoh besar. Hari ini, para syuhada mengirimkan pesan dengan tulisan darah mereka dan berada berhadapan kita untuk menjemput mereka yang sudah lama lena, supaya bangkit.”
No comments:
Post a Comment