www.flickr.com

Wednesday, August 22, 2007

Bengkel Ekonomi

Satu bengkel bertema "Konsep dan Teori Pembangunan dan Kemajuan" akan diadakan nanti. Matlamatnya adalah untuk membentuk sekumpulan intelektual-aktivis yang dapat menyumbang ide-ide tegar, sekaligus mencerahkan pemikiran masyarakat. Butiran bengkel adalah:

Pembentang:

(1) Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latiff, Pembangunan dan kemajuan dari perspektif politik sekularisme dan teisme: Aspek percanggahan.
(2) Prof. Dr. Mohd Nazari Ismail (UM), Kelemahan Ekonomi Liberalisasi dan Neo Liberalisasi.
(3) Syed Shahrir Syed Mohamed (Presiden MTUC), Agenda Ekonomi Baru.
(4) Prof. Dr. Shaharir Mohammad Zain (UMT), Sukatan Pembangunan dan Makna Kebahagian.

Masa: 9:00 pagi - 5:30 petang
Tarikh: 20 Oktober 2007
Tempat: Puri Pujangga, UKM

Walau bagaimanapun, bengkel ini adalah terhad penyertaannya. Ia percuma dan diistimewakan untuk mahasiswa. Bezanya, bengkel ini meminta penglibatan aktif dari kalangan peserta; mencerap, menyelidik/menyiasat dan menyemak kertas-kertas pembentangan yang dikemukakan. Dan, natijah menerusi bengkel ini mengharapkan maklumat yang telah dibedah dapat dicambahkan ke dalam khalayak yang lebih luas. Malahan, tidak juga salah jika mahu dipolemikkan!

Nah, jika anda berminat, maksudnya memang benar-benar berminat, sila kirimkan data peribadi ringkas anda menerusi emel ini. Terima kaseh!

2 comments:

Najwan Halimi said...

aqil,

saya ambil posting ni utk iklan di blog saya juga boleh?

Aqil Fithri said...

salaam,

ya najwan, saya senang sekali! :-)