Pengislaman ilmu bukanlah suatu perkara baru di Malaysia. Usaha ini telah dimulakan semenjak tahun 1970-an lagi menerusi pelbagai kaedah. Walau bagaimanapun, setelah lebih tiga dekad, usaha ini kelihatan masih belum cukup diterima di kalangan masyarakat, meskipun wacananya sudah masuk ke peringkat yang tinggi dan matang.
Sehubungan dengan itu, satu bengkel pengislaman ilmu yang dikhususkan untuk generasi muda wajar diadakan bagi mengisi kekosongan ini. Dengan tema Kelemahan Sains Barat dan Usul Sains Alternatif (Islam dan Melayu), diharapkan bengkel yang diterjemahkan oleh ASASI ini dapat difahami oleh generasi baru. Malah, dengan adanya bengkel ini, kesinambungan perjuangan ASASI bakal ditampung dengan kukuh.
Di samping dua alasan itu, bengkel ini juga dijangka dapat mengatasi kekurangan ahli yang terlibat dalam kumpulan-kumpulan penyelidikan yang telah dibentuk sebelum ini. Sekurang-kurangnya, dengan kesedaran yang dipupuk dari bengkel ini, ada di kalangan pesertanya yang dapat terlibat langsung dalam kumpulan-kumpulan penyelidikan itu.
Walaupun pengisian bengkel ini kelihatan sangat asas, namun ia sesuai dengan sasaran peserta bengkel yang terdiri daripada mahasiswa, tutor, dan pensyarah-pensyarah muda, Mudah-mudahan menerusi sumbangan tenaga belia ini, ASASI mampu meningkatkan daya penyelidikannya. Sememangnya kekuatan ASASI adalah pada kebelakaan idealoginya. Lantaran itu, idealogi ini perlu ada pewarisnya.
Bacaan seterusnya di: http://www.kesturi.net/2008/08/02/bengkel-pengislaman-ilmu-2008/
No comments:
Post a Comment