www.flickr.com

Thursday, September 18, 2008

Andrew Feenberg: Persoalan Teknologi

Oleh: Roy Christopher

"Technology marches on, over you or through you, take your pick." -- Stewart Brand

frontwheeldrive: Apakah perbezaan falsafah teknologi yang ditekuni anda berbanding dengan bidang-bidang lain?

Andrew Feenberg: Perbezaan utama adalah latar saya dalam Frankfurt School Critical Theory. Saya memang telah dilihat secara sendirian kerana cuba untuk mensistesiskan tradisi dengan pengajian teknologi semasa. Tindakan ini juga membawa saya kepada arah yang berbeza berbanding kebanyakan rakan-rakan saya yang lain, di mana ada di antara mereka begitu akrab dengan kerja-kerja Heidegger, juga dengan Dewey ataupun juga dengan teori politik demokratik.

Heidegger telah mendorong kebangkitan-semula minat terhadap falsafah sebagai pilihan di kalangan ahli teori jaringan (seperti Michael Heim, David Weinberger, dll). Anda sendiri sedang menyiapkan buku tentang falsafah Heidegger. Apakah yang Heidegger ajar kepada kita tentang hubungan dengan teknologi?

Sepanjang kariernya, pendekatan teknologi Heidegger adalah dalam dua cara yang berbeza, dan pada dua tahap yang juga berbeza. Pada awalnya, pemikirannya telah dipengaruhi oleh Aristotle terutamanya mengenai techne di samping menekankan penglibatan praktikal setiap hari dengan benda, iaitu sepertimana yang diistilahkannya sebagai “alam.” Kemudian, pemikirannya tertumpu kepada kesan yang diakibatkan oleh teknologi moden, yang mana ini berkuasa untuk “nyah-alam.” Terdapat perkara-perkara penting untuk belajar daripada kedua-dua pendekatan Heidegger tersebut, walaupun saya tidak percaya Heidegger—secara kukuh dan sedar—telah merumuskan teorinya ini demi untuk merealisasikan teori kritikal bagi teknologi.

Marshall McLuhan telah dilihat sebagai satu kebangkitan juga. Menurut anda, siapa lagi yang layak mendapat perhatian baru?

Saya belajar dengan Marcuse dan saya fikir Marcuse juga layak mendapat perhatian. McLuhan memang menarik, tetapi saya agak ragu-ragu dengan teori nisbah-kepekaannya itu. Dewey juga penting untuk kita dewasa ini. Manakala, tokoh yang sering kita abaikan ialah Gilbert Simondon, di mana kerja-kerjanya begitu mempengaruhi saya.

Anda telah terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan pekakas serta strategi bagi pendidikan online semenjak awal 1980-an. Apakah yang maseh belum selesai lagi dalam bidang ini?

Masalah utama yang saya lihat ialah mutu yang rendah dalam forum perbincangan antara pengajar dan pelajar. Forum-forum seperti ini hampir tidak berkembang semenjak adanya berita-kumpulan lama dari tahun 1980-an lagi. Kita perlukan satu rekabentuk pendidikan yang khusus, yang akan menambah dan memudahkan pembelajaran. Semua usaha untuk merekabentuk sistem pengurusan pembelajaran semasa tersebut haruslah menyentuh soal pelaksanaan pembentangan bagi bahan, sementara kerja pentaabiran pula akan menjadi lebih mudah atau lebih menarik. Di samping itu, sebahagian daripada penglibatan sumber manusia, forum web turut dapat diabaikan. Ini akhirnya dapat menjelaskan tindakan yang perlu dielakkan dalam rangka kita melihat pendidikan ke hadapan.

Apakah matlamat anda menerusi projek TextWeaver?

Untuk menghasilkan forum web yang sesuai bagi pendidikan.

Adakah sesuatu yang lain yang sedang anda lakukan, atau ada bidang-bidang lain yang menarik minat anda untuk disebut di sini?

Saya banyak mengumpul gambar-gambar sekarang. Saya juga ada pameran di Simon Frase, tempat di mana saya sedang mengajar. Katalog tentang tersebut ada dimuatkan dalam halaman web saya.

3 comments:

Rausyanfikir said...

Saya baru nak beli buku Jacques Eluil. Setujulah kalau kata Marcuse sbg critique terhebat geng Frankfurt School. Buku "One Dimensional Man" sangt menarik.

Unknown said...

Halo, kalian beli buku feenberg dimana yaa? Thanks

mathstuition said...


Brilliant article. It's exceptionally valuable.I find a very good website for the maths tuition, You can visit this site.