Ada tiga ´pahlawan´ yang tiba-tiba saja mashyur. Namanya Amrozi, Mukhlas, dan Imam Samudera. Tiga sahabat ini akhirnya dihukum mati. Alasannya, yang menurutnya sendiri, kerana mereka berjuang menegakkan Islam.
Memerangi musuh, atas nama agama, kemudian ia ´shahid´, memang mudah memancing emosi. Lebih-lebih jika ia tersenyum di saat menanti tembakan—kerana itu barangkali tanda kebenaran. Wajah-wajah kayangan pasti dilekatkan dengan kehidupan selepas nafasnya terhenti.
Namun, ramai yang terlupa. Musuh terbesar Islam bukanlah kafir di luar. Kerana musuh terbesar sebenarnya ada di dalam diri kita sendiri. Sebab itu, takkan ada kewajaran untuk kita mengangkat mereka yang membunuh ¨kafir di luar¨, tanpa menyedari mereka tidak lekang dari ¨kafir di dalam¨. Malah, kafir di luar itu ditundukkan dalam piawainya pula--demi membela Tuhan.
Kesah agung--yang begitu indah sekali dipetik Rumi--tentang bagaimana Imam Ali Abi Thalib melepaskan musuh ketika diludah padanya, harus menjadi iktibar bagi mereka yang mengaku ¨pejuang Islam.¨ Dan, ternyata, tidak ramai pejuang yang mampu mengurus emosinya.
Sama seperti laungan Takbir. Bukan kerana keinsafan, tetapi antaranya kerana kemegahan kepuakan!
Monday, November 17, 2008
TIga Sekawan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
aku suka entri cerah ini
salaam,
tuan, terima kaseh.
Post a Comment