www.flickr.com

Friday, December 26, 2008

Muharram

Lazimnya, Tuhan mendidik manusia dengan dua ayaht; ayaht kalam dan ayaht alam. Sebab, Tuhan tahu, antara teks dan konteks, antara lisan dan amal, dan antara pembacaan dan pengalaman, adalah dua perkara yang boleh berbeza.

Sebab itu, ada kalangan yang seronok berandau bersama Reza Shah-Kazemi, kerana percaya adalah lebih mudah mengunyah The Other in the Light of the One: The Universality of the Qur'an and Interfaith Dialogue, berbanding tertungkus menghazamnya secara sendirian.

Sama juga dengan Nahjul Balaghah, untuk memahami, dan menggali ilmu yang terkandung di dalamnya, bukanlah diperoleh menerusi penekunan teks semata, tetapi harus juga melalui pengiktibaran peristiwa. Lantas, kesah al-Anbar yang tercermin dari khutbah ke-27 boleh saja menarik tabir-tabir baru buat kita.

Ia adalah keseh yang wajar dibaca buat mereka yang maseh lagi berjiwa feudal, terkekang dalam mazhabi, serta tidak percaya diri. Kesah ini juga adalah kesah yang mungkin boleh menjelmakan satu teori sosiologi; ¨yang memusnahkan sesuatu gerakan, bukannya musuh, tapi adalah gerakan itu sendiri.¨

Memang benar. Yang mengalahkan tentera Kufah bukannya tentera Damsyik, tetapi tentera dari Kufah itu sendiri; yang membunuh tiga khalifah Islam bukannya musuh Islam, tapi muslim itu sendiri; dan, yang menghancurkan Kaabah bukanlah Abrahah, tapi al-Hajjaj Yusuf As-Tsaqafi itu sendiri.

Lantaran itu lahirnya at-Tawaabun. Tapi, tentunya kita tidak mahu termasuk dari kalangan ini-- yang remuk dengan sejarah. Kita mahu lebih baik. Atau sekurang-kurangnya kita mahu termasuk dalam kesimpulan Martyrdom: Arise and Bear Witness ¨darah Imam Husayn tidaklah tumpah pada tanah, tapi pada jiwa-jiwa masyarakat.¨

Buat saya, inilah ayaht terbaik Muharram: sebuah madrasah Husayniyyah abadi. Selamat menyambut tahun baru Hijri/Masehi!

No comments: