www.flickr.com

Saturday, March 7, 2009

Demi Bahasa Pertama



6 comments:

Anonymous said...

salam sdr aqil,
perjuangan menentang ppsmi ini adalah antara rentetan perjuangan bahasa yang pernah pertama kali saya ikuti lebih kurang 25 tahun dahulu.

ketika itu, kementerian penerangan malaysia merubah dasar bahasa di radio aliran cina dan tamil dengan menyampaikan warta rasmi kerajaan melalui kedua-dua bahasa di radio tersebut. sebelum itu, semua warta rasmi disampaikan dalam bahasa melayu.

segelintir kami dapat merasakan bahawa itu adalah usaha permulaan menidakkan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi. dengan menggunakan bahasa cina dan tamil untuk menyampaikan warta rasmi, masyarakat bukan melayu,secara psikologi, akan merasakan sudah tiada maknanya mereka mempelajari bahasa melayu untuk mendapatkan maklumat kerajaan.

maka kami menulis petisyen kepada perdana menteri ketika itu, serta mengadakan piket. namun, usaha kami itu dipandang remeh dan terpinggir.

dalam perhimpunan agong umno pada tahun yang sama, presiden umno dalam ucapan penggulungannya, 'menghina' kami secara simbolik dengan memainkan audio radio aliran cina dengan petikan rancangan hiburan lagu-lagu permintaan. petikan itu menyampaikan ucapan dalam bahasa melayu tetapi apabila menyebutkan nama peminta lagu, lenggoknya bahasa mandarin. maka, bunyinya seperti bahasa rojak.

dan dengan angkuh, dia berkata, "...inikah yang hendak depa perjuangkan...?" dan ini disambut dengan ketawa ribuan perwakilan orang melayu dalam dewan itu.

lihatlah, sdr, bagaimana pemimpin yang kita pilih itu mengubah isu asal kepada bentuk yang lain. dan ketika sdr semua berarak menentang ppsmi itu, saya masih mendengar lagi suara ketawa seluruh perwakilan yang sebenarnya mengetawakan diri mereka sendiri.

teruskan perjuangan. saya akan terus menyokong dari belakang.
wassalam.

Hanif Amir said...

Terima kasih atas usaha berterusan sdra menyiarkan artikel mengenai bahasa Melayu untuk mencelikkan rakyat.

zf_zamir said...

salam,

maaf semalam saya hanya melihat saudara dari jauh, belum selesa untuk menegur sapa..

lain kali mungkin..

walau apa pun, tahniah!!

Anonymous said...

tidak perlu menggunakan kanak2...

Anonymous said...

betul tuh. jangan guna kanak2. jangan libatkan kanak2 dalam kancah politik. kesian dia, kecik2 dah kena terlibat dalam politik. nanti bila besar dia berpolitik pulak. tapi kanak2 kalau pi demostrasi tak kena auku, kan?

kih kih kih!!!

Anonymous said...

Belon sejuk ini di blog Najwan Halimi menggunakan nama samaran Penumbuk Umno!