www.flickr.com

Thursday, March 12, 2009

Sofis Bahasa

Izinkan saya membantu para pendukung PPSMI menyusun hujah.

Setakat yang saya faham, hujah terkuat mereka ialah: jika kita menggunakan Bahasa Inggeris, maka segala ilmu sains, matematik, teknologi, kejuruteraan, dll itu akan dapat kita kuasai dengan lebih pantas. Kata mereka, menerusi PPSMI kita akan dapat dua manfaat. Pertama, kita menguasai Bahasa Inggeris. Dan kedua, kita menguasai sains dan matematik, yang mana subjek ini telah menjadi ukuran kepada kemajuan dunia dewasa ini.

Di samping itu, mereka juga percaya bahawa kalau kita menggunakan Bahasa Inggeris, maka itu akan memandaikan kita. Sebab, banyak ilmu sains dan matematik telah terhimpun dalam Bahasa Inggeris. Bahkan, mereka juga menganggap bahawa Bahasa Inggeris adalah bahasa asal kepada sains dan matematik. Justeru, faedah besar melalui dasar PPSMI ini, kata mereka lagi, akan meningkatkan mutu sistem pendidikan kita di peringkat antarabangsa. Akhirnya, Malaysia akan mencapai negara maju/negara pengeluar, selain dapat menghasilkan pemenang anugerah Nobel pada tahun 2020 kelak.

Inilah hujah terkuat mereka. Tapi, adakah hujah-hujah ini logik?

6 comments:

Mohd Faizal said...

Itulah masalahnya..sejak dari dulu lagi nak yang pantas-pantas saja..tak reti nak bersabar! Bukankah banyak contoh-contoh terdahulu, yang cepat, pantas, laju ni cepat jahanam dan tak berkualiti!

Anonymous said...

Logik mendenye....
kalau bebudak kampung cam aq dari kecik sampei ke besa mak bpak aq x nah ckap omputih..
kat skola kuar soaln bhasa omputih..
baik aq tolong mak bapak aq kat kebun lgi ade faedah....

Hilman Idham said...

hujah yg paling saya gemar ialah hujah yg mengatakan gne PPSMI sbb byk karya2 matematik dan sains dlm bahasa inggeris. Tp sampai bila kita harus langsung bergantung dengan karya itu?? Sampai bila msia ingin melahirkan penterjemah dan ini akan terus memandirkan melayu yg akan terus malas..

Hilman Idham said...

ada yg cuba mengajar PAP(Pemuda anti PPSMI) tapi bergantung pada hujah Dr.M di chedet.com...

affanazami said...

Salam,
hanya ingin memberikan pendapat. Benar, sampai bila Melayu akan maju sekiranya masih bergantung kepada bahasa lain utk maju.. Tp kita harus ingat, berbeza dgn Jepun yg mempunyai "peluang" menidakkan bahasa Inggeris di negara mereka, Malaysia bukanlah negara industri seperti Jepun yang mampu untuk menidakkan bahasa Inggeris. Tp, tidak mustahil, Malaysia boleh menuju ke arah tersebut. Insy Allah.

Anonymous said...

Awat la yang susah-susah sangat...

BM ke, BI ke, esok mati habis gak... Yang korang melalut bagai nak gila ni pasai apa...Pejuang bahasa konon!

Bagi yang rajin, belajar la dlm bahasa apa pun, insyalh berjaya jgak. Bagi yg pemalas, sumbat le ngn bahasa lidah deme, insyalh x kemana jgak...

Sudah le tu. Perkara ni x kan ditanya pun dlm kubur nti...Pegi buat mende yg lebih berpekdah...O ya...dlm kubur nti kena bersoal jawab dlm bahasa arab. Korang x nk ke bermati-matian perjuang bahasa arab plak. Apa kata belajar satu dua subjek lain dalam bahasa arab. Mesti melompat korang... Pejuang2 bahasa. Bodohnya korang nie..