www.flickr.com

Sunday, April 19, 2009

Matematik dan Falsafah

Kaedah pendidikan terbaik ialah kebelakaan. Namun, tampaknya pendidikan kita dewasa ini tidak lagi menekankan ciri penting ini. Mithalnya, matematik adalah salah satu subjek yang bukan sahaja melibatkan aritmetik dan geometri, tetapi juga melibatkan permainan kefalsafahan. Inilah kebelakaan displin dalam satu subjek. Unsur-unsur logik begitu sarat dalam matematik. Menerusi unsur inilah, matematik mampu menembus tajam dalam ruang falsafah. Justeru, wawancara ini menemui sosok yang tepat dalam membicarakan falsafah yang ditakrifkan sebagai gandingan aritmetik-geometri-logik-bahasa ini. Dari kacamata Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir, akademia matematik UKM yang gigih, kita bertuah dibentangkan dengan sebuah penerokaan falsafah yang mempersonakan.

Baca wawancara lengkap: Mohammad Alinor Abdul Kadir: Matematik Menembus Aritmetik-Geometri.

5 comments:

D'Rimba said...

Sebarkan untuk umum penulisan hebat ni......

Anonymous said...

bagi saya, seluruh sejarah matematik adalah sejarah dialektik di antara aljabr and geometri, atau aritmetik dan geometri (euclid, umar khayyam, descartes, gauss, grothendieck etc).

teori set dan logik (sebelum teori kategori & topos) boleh tergolong dalam kategori al-jabr ('the mathematics of structure and structuralized language').

dan memang terdapat unsur falsafah dalam sesetengah matematik. tetapi semua ilmu yang mendalam mengandungi falsafah. saya mendefinisikan falsafah secara amnya sebagai apa2 ilmu yang mendalam.

- burhan (pernah komen sini beberapa bulan dulu)

Aqil Fithri said...

burhan, kami semua cari kamu. buat apa sekarang?

AQIL
aqilfithri@gmail.com

Anonymous said...

saya tengah buat phd kat university of aberdeen. tesis tentang maurice blanchot & pasca-strukturalisma (i.e. pasca-aljabr). prof saya bekas anak murid derrida.

la ni juga tengah terlibat dalam research seminar tentang falsafah matematik alain badiou. ada kaitan dgn teori set, kategori, topos & sheaf - tetapi lebih bersifat heideggerian, freudian & marxism. lain sedikit daripada russell, frege, wittgenstein & d'ambrosio.

- burhan

Aqil Fithri said...

burhan, boleh kasi mel-e?