www.flickr.com

Friday, April 3, 2009

Matematik Tuhan

D´Alembert cuba mematematikkan Tuhan. Hasilnya, kebarangkalian Tuhan wujud lebih tinggi. Sebelum itu, Pitagoras mempercayai bahawa semua perkara dapat dimatematikkan. Tiada aspek yang tersisih dari matematik. Tapi, apapun kelebihan matematik, tampak sukar untuk melampaui metafizik. Sampai sekarang pun, matematik maseh tetap asing bagi wilayah misteri ini. Kesamaran ini saya timbulkan dalam wawancara bersama Mat Rofa Ismail, profesor matematik UPM. Maka, beliau menjawabnya begini:

Pithagoras mementingkan aritemetik yakni ilmu tentang nombor. ”Number is everything” menjadi falsafah Pithagoras. Alam semesta diciptakan dalam kadar dan nisbah yang terbaik. Kadar dan nisbah ialah nombor. Mengkaji nisbah yang tersirat dalam ciptaan Ilahi merupakan matlamat kajian aritmetik di sisi Pithagoras atau pengikut yang datang selepasnya seperti Nikomakhus dan Ikhwan al-Safa. Di sisi pendokong mazhab Pithagoras, sesuatu pernyataan hanya tertakluk kepada dua nilai sahaja: benar atau palsu dan tiada di atara kedua-duanya.

Dalam fahaman positifisme, konsep korelasi yang berdasarkan kebarangkalian dan data rawak antara dua peristiwa diperkenalkan untuk menafikan dua nilai tegar benar-palsu yang diamalkan golongan yang berpegang kepada tautologi mantik. Tujuan korelasi di takrifkan untuk mengelak daripada konsep ketersebaban dua peristiwa yang berakhir dengan Sebab Terakhir yang ditafsirkan golongan falsafah tabii sebagai faktor Iradah Ilahi yang menentukan keterkaitan dua peristiwa itu. Lalu, untuk menolak prinsip ketersebaban, yakni untuk menolak konsep ketuhanan dalam matematik, golongan positifis menggunakan data statistik untuk menunjukkan bukan prinsip ketersebaban yang mengikat dua peristiwa, tetapi kerelasi yang ditunukkan oleh pekali keterkaitannya. Maka bebaslah matematik-fizik daripada prinsip ketersebaban di tangan Kroneker, Laplace dan angkatannya.

Namun untuk menujukkan ketertiban kejadian alam hanya bersandar kepada peluang kebarangkalian semata-mata seperti anggapan positifis Barat, tanpa konsep ketuhanan, maka statistik menujukkan kebarangkalian tesebut bernilai sifar. Sebagai contoh yang mudah, dalam lambungan 100 kali duit siling, peluang supaya gambar keris muncul secara bersiri dalam semua lambungan itu, ialah 1 dalam 2100 yang nilai hampir sifar yang bermaksud hampir mustahil. Bayangkan sel badan manusia yang mempunyai 3.5 bilion asid amino dalam pembentukan DNA yang tersusun indah, adakah mungkin disaandarkan kepada proses kebetulan untuk menyusun lingkaran struktur DNA yang menjadi identiti genetik manusia yang sungguh keompleks itu? Pengkaji yang ikhlas terpaksa akur bahawa peristiwa kebetulan dan rawak tidak mungkin membentuk susunan yang tersusun indah seperti keindahan perjalanan cakerawala dan jisim langit. D’Alambert atau sesiapa sahaja yang mampu berfikir mengakui kewujudan Tuhan dengan melihat kepada ketertiban dan keharmonian yang terdapat dalam semua peristiwa alam semesta.

Adakah semua peristiwa dapat dimatematikkan? Ketahuilah akal manusia pun ada batas kemampuannya. Deria pendengaran dan penglihatan pun ada had masing-masing. Matematik ialah ilmu akal manusia yang terhad. Tentulah matematik pun terhad permodelannya, lebih-lebih lagi yang melangkau ke alam metafizik. Benarlah kata-kata Ibn Khaldun bahawa akal manusia diibaratkan seperti neraca kecil yang tepat untuk menimbang emas yang halus, tetapi akan rosak binasa andainya neraca yang sama digunakan untuk menimbang sebuah bukit.

Untuk baca seluruh wawancara di sini: Falsafah dan Matematik Ibarat ¨Aur dan Tebing

No comments: