Di manakah hubungan antara sains sosial dengan sains tabii?
Saya bertanya soalan seiras tersebut dalam wawancara etnomatematik bersama Shaharir Mohamad Zain. Memang, sesetengah etnik amat kaya dengan sisi sasteranya, terutamanya Melayu. Tapi, bagaimana sisi sastera ini kemudiannya dapat berhubungan dengan sisi sainsnya? Kita usulkan saja sebuah pepatah ¨bagai pinang dibelah dua.¨ Tesiratnya, pepatah ini merupakan konsep simetri yang tertanam dalam tradisi Melayu, dan sekarang mari kita lihat bagaimana mantan professor matematik-fizik ini menanggapinya:
Ya. Simetri memang menjadi satu inspirasi besar dalam pembangunan teori sains khususnya dalam fizik dan matematik yang melahirkan teori Kumpulan dan Kumpulan Lie itu. Simbiosisnya dengan struktur atom sejak Weyl memulakannya atur cara kesimetrian dalam kedudukan tenaga sesuatu sistem dinamik dalam tahun 1932. Ini sungguh luar biasa kejayaannya dan ilmu berkaitan dengan simetri itu berkembang pesat hingga kini, menjangkau kepada simetri dalam ruang abstrak yang berdimensi yang melebihi 4 dimensi biasa. Ini dilakukan dalam untuk usaha menjelaskan fenomenon alam tabii dan sekali gus menyatukan teori quantum dengan teori Kenisbian Einstein itu lalu dicipta istilah supersimetri itu. Pembangunan/Pembinaan matematik berasaskan simetri menjadi contoh konkrit tidak neutralnya matematik kerana tarikan sarjana kepada unsur simetri ialah kepada kecantikan atau keindahannya dan faktor keindahan ini jelas suatu yang subjektif yang berbeza mengikut cita rasa seseorang atau suku kaum. Berasaskan pada perumpamaan “seperti pinang dibelah dua” itu pun sudah terpancar perbezaan konsep keserupaan Melayu (sejenis simetri) dengan keserasian Barat. Mungkin sekali ada konsep simetri dalam kebudayan Melayu yang agak bitara yang tentunya belum disedari oleh sarjana yang berpotensi menjadi asas sebuah konsep matematik baru lagi.
Untuk baca seluruh wawancara di sini: Etnomatematik menambah nilai pendekatan matematik.
Wednesday, April 8, 2009
Simetri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Bro Aku turun nanti seminar.Rajin2 datangla jengok blog aku.Bro kasik ym ko.nanti aku add.
Post a Comment