Entah macam mana, saya boleh tertawa dengan Gus Dur. Dan, entah dari mana, cerita-cerita humornya diperoleh.
Semalam, kebetulan saya menemukan sebuah buku yang mengenangnya. Judulnya, “Tertawa Bersama Gus Dur.” Saya fikir ada sebuah kesah yang Gus Dur rakamkan menarik untuk dikongsi; kesah tentang “Tuhan dan Polis.”
Kata Gus Dur, pernah seorang anak kecil, bernama Rio, ingin melanjutkan sekolahnya. Namun, ia tidak memiliki wang. Orang-tuanya miskin, sementara ibunya yang sakit memerlukan wang untuk membeli ubat. Lalu, si anak tersebut menulis sebuah surat kepada Tuhan:
“Kepada Tuhan,
Di Shurga
Ya Tuhan, aku ingin melanjutkan pelajaranku di sekolah. Tapi, orang-tuaku tidak punya wang. Ibuku juga sakit-sakitan. Ya Tuhan, aku memerlukan 20,000 rupiah untuk ubat ibuku, 20,000 rupiah untuk belanja sekolahku, 10,000 rupiah untuk pakaian seragamku, dan 10,000 rupiah lagi untuk membeli buku pelajaranku. Semuanya Tuhan, hanya berjumlah 60,000 rupiah.
Terima kaseh Tuhan, aku harap wangnya akan segera Engkau berikan.
Wasalaam
Rio”
Kemudian, Rio pergi ke pejabat Pos, dan mengirimkan surat tersebut. Kebetulan, pegawai Pos yang memungut surat tersebut, jadi bingung. Namun, beliau juga tidak tega untuk mengembalikan surat itu kepada anak kecil tersebut.
Akhirnya, pegawai tersebut memberikan surat tersebut pada balai polis. Kerana masing-masing polis di balai merasa kasihan, maka dikumpul sesama mereka wang. Malangnya, yang terkumpul hanya berjumlah 55,000 rupiah.
Kemudian, ketua polis di balai tersebut menulis surat: “Dari Tuhan di Shurga,” lalu meminta pegawai bawahannya menghantar surat yang berisi wang tersebut ke anak kecil tersebut.
Ternyata, Rio sangat gembira. Permohonannya dikabulkan Tuhan, walaupun hanya menerima 55,000 rupiah. Setelah itu, ia buru-buru mengambil pensil dan menulis di kertas:
“Ya Tuhan, kalau sekali lagi Engkau memberiku wang, sebaiknya jangan melalui polis. Kerana, wangnya dipotong sebanyak 5,000 rupiah.”
Memang dasar Gus Dur!
Thursday, April 1, 2010
Tuhan dan Polis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment