www.flickr.com

Friday, August 20, 2010

Ogos

Bulan ini, bulan Ogos, konon bulan kemerdekaan; konon. Tapi, sebetulnya kita tak pernah merdeka; tak pernah.


Memang, kita tak pernah merdeka pada-dirinya-sendiri. Kita gagal. Barangkali gagal kerana tak pernah sempurna; atau, barangkali gagal kerana tak pernah mencuba; atau juga, barangkali gagal kerana tak pernah ada. Namun, namanya harapan; rasa yang tak pernah mati mutlak. Dan, lantaran itu moga saja kita tak lelah untuk merawat apa yang maseh tersisa. Aduhai "negara," berikanlah sedikit keyakinan untuk mereka yang hampir-hampir berputus asa; hanya sebuah keyakinan untuk memanggil dirimu sebagai "tanah-air." Sedikit saja, cukup untuk selamanya.

1 comment:

El Ferdowsi said...

dalam. =(