www.flickr.com

Wednesday, July 18, 2012

Wawancara Bersama Mesin Cetak

Dewasa ini, kita menyaksikan beragam kelompok anak muda. Termasuk dari kelompok tersebut adalah kalangan peminat agama yang mengaku memperjuangkan Islam, sama ada versi intelektual, atau versi progresif. Malah, ada juga kalangan idealogis yang konon mengaku revolusioner. Dari semua kalangan ini, FIRDAUS ZOLKIFLI, adalah antara anak muda yang barangkali secara sendirian memilih jalan yang berlainan. Bagi anak muda Kota Tinggi ini; tak ada yang lebih poyo dari kelompok yang mengaku merekalah yang intelektual, merekalah yang progresif, merekalah yang revolusioner. Menyedari ada ciri unik (dan, santai) yang terdapat dalam pandangan pinggirannya, maka AQIL FITHRI telah berkesempatan untuk mewawancaranya.

AF: Anda lebih dikenal dengan nama panggilan Mesin Cetak. Sebenarnya, dari mana anda mendapat ilham nama tersebut?

FZ: Terilham dari ajaran iluminati.

Adakah anda lebih glamour bila berambut afro?

Ya, jika tidak berambut afro saya cuma glamour sahaja. Tidak lebih.

Apakah anda percaya kepada hal-hal metafizik, termasuk hantu?

Sangat percaya. Apatah lagi pengalaman saya ke kampong bunian mengukuhkan lagi kepercayaan tersebut.

Anda ini dari mazhab falsafah mana?

Sejak kecil saya terdidik dengan Mazhab Frankfurt. Namun, perkembangan politik Malaysia menyebabkan saya tergelincir dengan ajaran tasawwuf.

Siapakah tokoh yang telah mati yang anda pujai; mengapa?

Karl Marx. Kerana beliau telah mendekatkan saya kepada ajaran agama yang sebenar.

Siapakah tokoh yang maseh hidup yang anda kagumi; mengapa?

Shamsul Iskandar Akin, ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK). Saya percaya, beliau memang dilahirkan untuk membawa Malaysia menjadi kuasa besar dunia.

Kalau anda berpeluang untuk memahami, apakah perkara yang paling anda ingin fahami sekarang?

Al-Qur'an. Serius.

Menurut anda, siapa/kelompok manakah yang paling poyo?

Kelompok yang konon mengaku radikal, revolusioner, demokrat, Islamik, tapi rupa-rupanya musuh utamanya hanyalah Barisan Nasional (BN) saja. Tak kelas langsung.

 Menurut anda, siapa/kelompok manakah yang paling kool?

Kalau saya sebut Diskopi, nanti kata riak pula.

Apakah harta yang paling anda sayangi?

Mazda RX7 yang dihadiahkan oleh ayah saya.

Kalau anda diberi RM1 juta, apakah yang anda akan lakukan?

Saya akan ambil duit tersebut.

Seperti apa rasanya cinta itu?

Rasanya seperti baru selesai membaca The Communist Manifesto dan Das Kapital: dengan semangat untuk berjuang yang mengelegak.

Agama itu pula sebenarnya apa?

Agama adalah solat. Dan, barangsiapa yang tidak solat dengan khusyuk, mereka takkan pernah memahami ma'na agama.

Menurut anda, apakah dosa paling besar?

Miskin. Sebab itu, dosa orang miskinlah yang paling besar.

Menurut anda, apakah ertinya hidup?

Erti hidup ialah mencari erti.

Andainya anda tahu saat mati, apakah yang anda lakukan 15 minit sebelumnya?

Saya akan tengok jam: apakah Izrail akan mungkir janji.

Apakah perkerjaan yang paling benci yang pernah anda lakukan?

Pergi gym setiap hari. Sebab, melakukan hal rutin itu sangat membosankan, malah membodohkan. Tapi terpaksalah.

Apakah masalah yang paling hakiki di Malaysia ini?

Ramai rakyat Malaysia yang tidak faham ma'na. Ini semua berpunca kerana tiada budaya ilmu dan tiada 'adab, keh3!

Bagaimana mahu menyelesaikan masalah di Malaysia tersebut?

Pergi seminar, bergambar dengan panelis, muat-naik di Facebook dan nyatakan buku-buka yang akan dibaca. Kemudian, tunggu kawan-kawan seangkatan untuk like status dan puji-memujilah sesama. Jika hal ini lakukan setiap hari, saya yakin dan percaya Malaysia akan segera bebas dari segala masalah.

Apakah rahsia anda yang orang lain belum tahu sampai sekarang?

Saya kebal, selagi mana tiada orang tahu yang saya kebal.

Terakhir, apakah ada sesuatu perkara yang akan berlaku di masa hadapan yang telah anda ketahui sekarang?

Hang Tuah akan muncul dan mengepalai massa untuk menghancurkan Yahudi.

No comments: