www.flickr.com

Saturday, February 14, 2015

Hidup dan Mati

Hidup dan mati adalah perbezaan,
yang satu melengkapi yang lain

Hidup dan mati adalah paradoks,
yang satu melawan yang lain

Juga, hidup dan mati adalah tautologi,
yang satu mengulang yang lain

Dengan hidup lalu berganding mati,
semuanya (ya, semuanya!) dalam genggaman

Khabarkan tentang hidupnya,
'kan ku ceritakan tentang kematiannya

Segalanya (ya, segalanya!) 'kan kukesahkan,
bahawa ini soal lingkaran.

No comments: