www.flickr.com

Saturday, October 1, 2005

Apa Itu Teori Kuantum?

Teori kuantum merupakan huraian terhadap interaksi jirim yang wujud dalam alam semesta menerusi kewujudan zarah-zarah perantara yang dikenali sebagai boson tolok (gauge bosons). Manakala pengformalannya pula dikenali sebagai teori kuantum medan (quantum field theory). Dalam alam mikroskopik, khasnya yang berkaitan dengan dengan teori gerakan tabii zarah atom, fizik kuantum digunakan bagi menerangkan interaksi di antara atom dan molekul seperti dalam spektra-spektra eksperimen spektroskopik.

Di samping itu, fizik kuantum juga merangkumi pengformalan secara matematik terhadap teori kuantum ini. Ia bermula dengan persamaan Schrödinger (yang dikembangkan oleh Erwin Schrodinger), di mana ia mempunyai analognya dalam persamaan Dirac (yang dikembangkan oleh Paul Dirac) bagi elektron, dan persamaan De Witt-Wheeler (yang dikembangkan oleh Bryce De Witt dan John A. Wheeler) bagi alam semesta itu sendiri.

Secara amnya, fizik kuantum bolehlah kita sifatkan sebagai hasil gabungan antara formalisme dengan tafsiran. Perkataan tafsiran ini boleh juga kita namakan sebagai tafsiran formalisme kuantum (quantum formalism interpretation). Dalam sejarah fizik kuantum, terdapat beberapa tafsiran yang sangat berpengaruh dan signifikan seperti tafsiran Einstein (yang menolak indeterminisme), tafsiran Copenhagen yang mengakui kelokalan tanpa realisme (locality without realism) dan teorem Bell yang membenarkan alternatif antara realisme tanpa kelokalan (realism without locality).

Walaubagaimanapun, tafsiran-tafsiran yang dikemukakan ini merupakan sebahagian dari sejumlah besar tafsiran-tafsiran yang lain, dan persoalan tafsiran terhadap fenomena fizik kuantum ini masih lagi diperbahaskan serta cuba diperkukuhkan. Dan, hingga kini, masih belum tampak satu rumusan yang akhir, malah tafsiran-tafsiran ini terus diragui oleh sebahagian ahli-ahli fizik yang lain kerana wujudnya masalah kejituan songsangan fakta (counter-factual definiteness).

2 comments:

unknown said...

Menarik

Anonymous said...

I would like to know many info