www.flickr.com

Thursday, September 29, 2005

Benih

Muhsin Qiraati, satu ulama (masih hidup!) yang saya hormati. Berdasarkan buku-bukunya, saya percaya banyak yang kita boleh pelajari dari ilmunya.

Namun, di sini saya cuma ingin mengutip satu pesan yang dinukilkannya dalam buku Mencari Tuhan terbitan Cahaya 2001. Buku ini sebenarnya cuba merasionalkan Islam sebagai agama kebenaran, di samping menolak fahaman kaum materialis.

Apa yang saya tertarik dalam salah satu petikan buku ini ialah anologi yang dbuat oleh beliau tentang perjalanan hidup seorang insan. Bagi beliau, ia upama sebutir biji benih yang ditimbun di atas hamparan tanah. Untuk terus tumbuh membesar, benih ini perlu melalui tiga tahap.

Pertama, ia perlu megukuhkan akarnya ke dalam teras tanah. Kedua, mendapatkan saripati tanah untuk survival kehidupannya. Dan, ketiga menyelongkar lapisan tanah di atasnya untuk membesar dan menjulang pucuknya.

Manakala proses kehidupan muslim turut begitu. Pertama, mesti mengukuhkan asas aqidah menerusi fahaman Al-Qur'an, kedua memugar saripati yang dimuatkan dalam kitab itu, dan ketiga menembusi semua rintangan yang mendepani perjuangan agama.

Ya, Terima kasih Qiraati, kaitan dan perupamaan ini sangat baik sekali, dan tulisan saya ini sekadar untuk mengukuhkan ingatan diri…

6 comments:

Anonymous said...

Salam..

Ntah camne ana rasa minat pulak nak baca tulisan aqil fithri. Sebelum ni ana cuma tengok camtu2 je. Ana akui kesilapan ana kerana sedikit emosional dgn tajuk provokasi aqil fithri ni tanpa tengok pada hujah2nya. Ana setuju dgn aqil fithri yg mengatakan tajuk provokasi ni boleh undang banyak pendapat dan kecaman (cubalah tengok post aqil yg takde sambutan sebelum ni). Tapi sebenarnya ia bukan suatu yg baik bagi seorang yg berilmu. RasuluLLAH tak pernah buat provokasi camni untuk menarik orang memasuki Islam. Baginda hanya menyatakan kebenaran yg disampaikan oleh ALLAH melalui wahyu.


Quote:


Aqil_fithri menyatakan:

1) Saya terpaksa memberi kritikan terlebih dahulu agar sebarang ruang-ruang kelemahan kita (gerakan siswa) dapat di kenalpasti. Setelah itu, barulah proses untuk mengangkat hasrat perjuangan mesti dirumuskan menurut kerangka “gerakan” mahasiswa dengan mengungkapkan tema2 yg berbeza, politik, agama, social, budaya, post-modernisme dll.

2)Tanpa niat menafikan memang wujud kekangan2 terhadap gerakan siswa itu sendiri, lebih2 lagi pasca alaf baru ini, namun bagi saya, kekangan yang paling dashyat dampaknya bagi orientasi gerakan siswa ialah pada diri mereka sendiri. Diri mereka yg menjadi mehnah dan tribulasi (yg teratas) arah dan perkembangan gerakan siswa, selain ia juga satu kesalahan kolektif!

Saya kini hampir percaya pada labelisasi gerakan siswa. Gerakan siswa dewasa ini dilihat telah terpecah kepada tiga kelompok induk. Pertama, yang pro-kerjaaan seperti puak2 Aspirasi. Kedua, yang pro-oposisi seperi puak2 PMI. Manakala yang ketiga, pro-NGO2 seperti PKPIM/Karisma dll.

Saya juga yakin, umum akan melihat tiga2 puak ini mempunyai dimensi perbezaan yg ketara, tetapi bagi saya mereka semuanya sama saja! Masing2 menjadi, maaf, talibarut mereka yg berkepentingan, mereka yg mempunyai agenda organisasi, dan mereka yg mahu mempergunakan gerakan siswa demi agenda dan cita-cita parti politik dan NGO.

Keseragaman mereka ini boleh dilihat melalui bentuk gerakan yg mereka ciptakan. Upamanya, puak2 PMI tidak pernah mengkritik PAS (Wah, sukar dibayangkan bila mereka mengkritik). Begitu juga, puak2 Aspirasi, ada pernah mereka mengkritik keras dasar2 kerajaan, atau Pak Lah? PKPIM yg pro-ABIM pun persis, masakan pernah!

Jadi, apa natijahnya dari bentuk gerakan siswa seperti ini pada masadepan negara? Mahasiswa yg akan membesar dlm tempoh 20 tahun akan datang, akhirnya menjadi tidak kritis, kalau kritis pun hanya pada seteru2 mereka saja, tidak pada diri sendiri, tidak pada organisasi mereka. Inilah pada saya, sialnya cara fikir gerakan siswa dewasa ini (maaf)!



1) Mungkin ana boleh samakan aqil fithri ni dgn dr mahathir (pendapat ana je, tak paksa pun nak terima atau tak). Ana ambil maklumat dari blog saudara aqil ni yg menyatakan bahawa dia ni berumur 26 tahun atau lebih dari tu. Mahasiswa lagi ke anda ni, aqil? Ikut logiknya, tak lagi. Mungkin alasan ana mengemukakan ini (mahathir=aqil) adalah rasional kerana aqil mempersoalkan gerakan mahasiswa ni selepas dia sudah keluar dari dunia kampus. Dr mahathir pula? Mengecam pemimpin UMNO kerana hanya pandai “bodek” (kasar sikit) pemimpin2 atasan; ini berlaku hanya selepas beliau turun dari takhtanya.

Apa dah jadi dgn anda? Mengecam gerakan siswa sebagai talibarut orang atasan hanya selepas keluar dari dunia kampus? Semasa di kampus, anda buat apa? Anda lebih kepada belajar teoritikal semata2, kurang praktikal dalam menyelesaikan masalah mahasiswa ini. Lebih berhikmah jika anda sendiri berdamping dgn mereka. Adakah relevan pendapat anda untuk mahasiswa kebanyakan dewasa ini? Seperti nasib mahathir, seakan2 pendapatnya dah ditolak terutamanya dalam isu AP (bukan seakan2 pun sebenarnya..hehe). Tapi itu tak menjadi alasan bagi ana untuk tidak berlaku adil kepada anda.

"Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (almaidah:8)


2) Memang kekangan paling dahsyat bagi manusia adalah daripada diri sendiri. Persoalan tentang ini sudah timbul sejak awal Islam lagi. Tiada yg pelik dgn isu ini (alQuran relevan sepanjang masa).

"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." (arra'd:11)

Ana bersetuju dgn anda jika kita kongkong minda kita bukan untuk Islam tapi untuk satu2 puak, kita takkkan kemana. Islam melarang sifat berpuak.

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka (kecurigaan), karena sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." (alhujuraat:11-12)

Persoalan yg anda kemukakan mungkin kontroversial sangat. Talibarut? Kenapa anda perlu percaya kepada labelisasi gerakan siswa? Kalo anda tak percaya, tiadalah timbul isu ni, kan? Anda pula percaya kerana memperhatikan “kebanyakan” pemimpin tertinggi mahasiswa sekarang cenderung ke arah itu. Mm.. ana payah untuk salahkan anda kerana hal (kejahilan?) ini. Mungkin ana nak cadangkan kepada anda supaya melihat gerakan mahasiswa itu atas dasar perjuangan mereka secara jujur. Apa yg silap boleh diutarakan dgn lebih berhikmah (mungkin secara peribadi kepada pemimpin2 itu). Mereka bukanlah pemimpin2 besar kerajaan yg boleh dikutuk. Mereka Cuma baru belajar. Tak adil rasanya kalo asyik mengutuk2 mereka. Tiada hikmah yg dapat dipelajari (ini juga yg diseru oleh pemimpin aspirasi kepada pihak PMI supaya dapat menegur dgn lebih lembut walaupun hakikatnya mereka tak nak terima). Jadi, kepada aqil, berhikmahlah sikit dalam penulisan anda, ye? Atau anda akan selama2nya tidak diberi perhatian oleh semua mahasiswa. Bukan itu kan yg anda mahu?

Bersambung...

Anonymous said...

Quote:


Aqil_fithri menyatakan:

Tidak dinafikan, saya gemar mengkritik aktivis Islam (saja?). Pendirian saya sangat jelas, bahawa puak2 Aspirasi memang layak untuk menjadi “talibarut” kerajaan (sepenuhnya), sbb mereka tidak mepunyai idealisme sejati. Mereka sudah sah kronik! Kalau ada pun idealisme puak2 ni, ianya di corakkan oleh puak2 Umno! Tapi, Umno ada ke idealismenya? Nasionalis, demokratis atau ‘opportunist’?

Berbeza dengan puak2 PMI yg sekurang2nya ada idealisme agama meskipun mirip2 PAS! Mereka bukan sahaja membaca buku2 Ustaz Hadi, Idris Ahmad, Riduan Mohd Nor, malah saya percaya, ada di kalangan mereka menjadikan buku2 Fathi Yakan, Al-Banna, Mawdudi sbg bahan bacaan rutin mereka.

Tetapi Nur, persoalannya disini, adakah cukup puak2 PMI ini hanya dengan mengidolakan para pemimpin PAS? Dan, satu lagi, adakah cukup hanya bersandarkan bahan2 bacaan yg bernuansakan gerakan islamis semata-mata? Pernahkan anda membaca satu tulisan yg berkualiti dari puak2 PMI? Saya tidak pernah menjumpai di mana2 ruang internet, ada aktivis siswa (Malaysia) yg menulis dengan memuatkan tema2 yg komprehensif (teori2 barat, agama dll). Tidak pernah sama sekali!

Kebanyakan tulisan puak2 ini berbau picisan politik, bukannya sarat dengan kaedah2 ilmu saintifik sepertimana yg mereka belajar dalam kuliah. Soal saya lagi, boleh anda kemukakan seorang saja (ulang, seorang saja) aktivis dari puak2 PMI ini yang mampu menjadikan tesisnya (yg 1st degree) sebagai sebuah buku yg hebat? Ada? Saya cabar anda?

Paling melucukan, bila ada yg menuduh mereka agen PAS, puak2 PMI nafikan. Bila kena tangkap masa demostrasi, bagitahu itu hanya kebetulan saja. Aduh, lucu sekali, dengan Tuhan pun mereka nak berpolitik!




Mengkritik bagus, saudara aqil tapi cara anda mengkritik secara terbuka telah memberi kredit kepada puak2 lain untuk menghentam puak2 islam walaupun anda menyatakan anda tak mahu memberi kredit percuma kepada mereka. Di sini, semua orang boleh persoalkan keikhlasan anda dalam mencari kemaslahatan terhadap dakwah islamiah itu sendiri.

PMI hanya mengidolakan pemimpin2 PAS? Ini satu fakta atau hanya pendapat serong anda? Ana akui yg ana adalah ahli PMI. Tiada apa2 kenyataan yg mengatakan kami mengidolakan mereka. Cuma dasar kami adalah sama. Kami nak perjuangkan Islam yg diperjuangkan oleh Rasul2 dan Nabi2 dahulu. Mereka pun sama. Apa yg anda dapat dari tu? PMI mengidolakan pemimpin2 PAS. Itulah yg dinamakan pandangan sempit yg anda sendiri utarakan kepada puak2 Islam padahal anda sendiri yg berpandangan sempit! (Maaf ana marah sikit).

Memang tak cukup dgn bersandarkan ilmu2 gerakan islamis semata2. ana akui fakta ini. Islam itu syumul dan banyak kategori ilmu yg dipelajari. Anda sekarang sebenarnya tak berpijak pada bumi yg nyata. Siapa di dunia ini yg boleh menguasai semua bidang ilmu dan menafsirkan sesuatu dari pelbagai perspektif ilmu? Kalo anda ada, ana cabar anda kemukakan siapa! Anda sendiri bagaimana? Cukupkah dgn menambah perkataan mulia Islam dgn “isme”, lalu anda merasakan sudah menguasai ilmu2 Islam? Anda dah cukup mengetahui ilmu tentang tafsir Quran hingga bertanya soalan seperti di URL ini (hehe)?

http://www.kampusnegara.com/ver6/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=307&forum=6

tapi tak pulak ana kata salah untuk cari ilmu sehingga menguasai semua ilmu. ana sendiri kalo berpeluang, ana pun nak tapi ana tahu memang luar dari kemampuan ana untuk kuasai semua bidang. ana sendiri belajar kejuruteraan di kampus tapi ana tetap ada ilmu agama yg boleh bawa ana hadapi golongan seperti astora jabat, orientalis dan lain2 lagi. ana dah cukup bersyukur dgn ilmu yg ana dapat.

Islam tak perlu pun kepada teori2 barat untuk menampilkan tema2 yg komprehensif. Segala teori2 lain adalah bersumberkan ilmu Islam. Mereka tak dapat hadirkan satu yg berbentuk syumul sekalipun kalo mereka tak “menciplak” dari Islam! Anda tak yakin dgn ilmu Islam lalu memerlukan kepada teori barat? Ana tak kata salah jika kita ambil apa yg baik dari mereka seperti seseorang tu takkan dikatakan kafir kalo memakai kot dan tali leher yg merupakan pakaian yg berasal dari Barat tapi hakikatnya budaya Islam seperti memakai jubah dan serban terpinggir. Ini yg kita nak? (Mungkin tiada dalil yg bersifat qawliyyah dari Nabi tentang jubah dan serban, Cuma ada dalil yg bersifat fi’iliyyah. Tapi tak salah kalo kita ikuti sunnah ini sekadar melahirkan kecintaan terhadap Nabi). satu contoh lagi, penggunaan kalendar masihi yg dijunjung Barat hingga kita sendiri melupai takwim alhijrah? Itukah masyarakat islam yg kita nak?

Meminggirkan pendapat2 ulama’ besar silam dan lebih suka kepada “ulama’” barat? Ini jenayah ilmu yg besar kepada Islam. Ana tak setuju kalo mengatakan kita “tak cukup” selagi tak mengambil teori barat. Yg sebetulnya, perlulah kita fahami Islam dalam kerangka tasawwur yg sebenar (yg amat ditakuti golongan sekularis dan orientalis). Bukan sekadar cukup dgn satu ayat Quran atau hadith untuk menafsirkan keseluruhan ilmu Islam.

Orang Melayu di Malaysia khususnya, mula berminat membicarakan tentang Islam sejak dua dekad yang lalu. Iaitu Islam yang sebenar, yang memberi kesejahteraan dan penyelesaian kepada semua masalah mereka, bukan Islam hanya pada nama serta tempelan yang tidak akan dapat memberi penyelesaian. Mereka mula bercakap tentang politik Islam, ekonomi Islam, makanan Islam, ceramah Islam, hiburan Islam, pakaian Islam, bahkan segala-galanya mesti dikaitkan dengan Islam dan cuba mengetepikan segala yang bercanggah dengannya.

Maka muncullah para pengkaji dan penganalisis yang galak (berminat) untuk bercakap tentang Islam. Para pengkaji dan penganalisis itu secara kasarnya terbahagi kepada tiga kumpulan besar:

Kumpulan pertama, mereka yang mengikuti saluran yang betul untuk memahami Islam, iaitu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Mereka menguasai alat untuk memahami kedua-dua sumber itu, iaitu Bahasa Arab dengan pelbagai cabang pengajian yang berkaitan seperti ilmu Balaghah dan Adab. Selain itu, untuk memahami dua sumber asas itu, mereka menguasai metodologi dan disiplin ilmu khusus yang terkandung dalam Usul al-Fiqh, Usul al-Hadith, Usul/Ulum al-Quran, Usul al-Tafsir dan sebagainya. Kumpulan pertama ini sememangnya berautoriti untuk galak bercakap tentang Islam, kerana mereka itu digelar oleh Allah dan Rasul-Nya sebagai ulama, tugas dan komitmen utama mereka adalah dakwah, sebagai meneruskan tugas Nabi (saw.), kerana mereka adalah pewaris risalahnya (walaupun hakikat ini dipertikaikan oleh ‘penulis/pengkaji Islam’ yang picis dan pojok).

Kumpulan kedua pula ialah mereka yang galak juga untuk bercakap tentang Islam dan mengeluarkan hukum, tetapi buta B. Arab, langsung tidak mengetahui disiplin dan metodologi ilmu Islam yang disebutkan tadi. Mereka memahami Islam melalui pembacaan, sama ada bahan-bahan terjemahan daripada kitab-kitab asal B. Arab, atau buku-buku yang ditulis oleh sarjana-sarjana Islam dan orientalis Barat, yang semuanya dikira sebagai sumber rujukan sekunder, bukan primer/asal. Mereka ini kebanyakannya syok sendiri, merasakan mereka lebih faham terhadap Islam berbanding golongan ulama tadi. Pendek kata, mereka pun ‘ulama’ juga! Golongan inilah yang menyerang dan membenci ulama pada hari ini. Setakat ini kita diperkenalkan kepada beberapa kerat golongan ini melalui rencana-rencana mereka yang tersiar di akhbar-akhbar perdana seperti Kassim Ahmad, Tuan Ismail Tuan Soh (pernah menulis dalam Mingguan Malaysia 22/8/99 sebuah artikel bertajuk ‘Siapa sebenarnya memperlekehkan al-Quran’), Ab. Jalil Aboo Backer (pernah menulis artikel ‘Murtad hukum bunuh tiada dalam al-Quran’ pada 4/9/99 dan ‘Ciri-ciri Muawiyah dalam Pas’ pada 9/10/99, kedua-duanya dalam Utusan Malaysia) dan beberapa penulis pojok dan picis lagi. Di antara mereka ada yang pengecut dan bacul, tidak berana mendedahkan identiti sebenar seperti penulis rencana ‘Benarkah ulama pewaris nabi?’ (Utusan Malaysia, 15/10/99) yang hanya memakai nama ‘Wartawan Kita’.

Manakala kumpulan ketiga pula ialah mereka yang pada asalnya berada dalam aliran agama dan B. Arab, hatta kadang-kadang sehingga memperolehi ijazah pertama pengajian Islam atau lebih tinggi, tetapi menyambung pengajian Islam mereka dengan bergurukan tok-tok guru Kristian dan Yahudi orientalis di Barat. Maka pulanglah mereka dengan ijazah sarjana dan kedoktoran ‘Islam’ yang dibanggakan. Di kalangan mereka ini pula, ada yang menjadi pendidik dan pensyarah di pusat-pusat pengajian tinggi, atau penjawat-penjawat di institusi-institusi keagamaan atau pusat-pusat penyelidikan Islam. Gaya percakapan dan penulisan mereka ini lebih mirip kepada tok-tok guru orientalis mereka dahulu. Walaupun memiliki ijazah tertinggi dalam bidang keagamaan, namun cara pemikiran mereka lebih merujuk kepada akal dan logik, bukan al-Quran dan sunnah. Kertas kerja, artikel, rencana dan wacana Islam mereka amat panjang lebar, tetapi kadang-kadang satu ayat al-Quran atau hadis pun tidak dimasukkan sebagai rujukan asas. Golongan ini amat bahaya kepada masyarakat awam Islam, kerana persijilan mereka menunjukkan mereka berpengajian agama tetapi gaya pemikiran mereka tidak berbeza dengan kumpulan kedua tadi. Dalam banyak keadaan, Astora Jabat berada dalan kumpulan ini, kerana beliau adalah murid kepada golongan ini semasa beliau belajar di Tunisia dan Morocco dulu. Selain beliau, ada lagi beberapa ‘ilmuan plagiat’ orientalis/sekularis yang semazhab dengannya, seperti kumpulan ‘Sisters in Islam’, dan lain-lain, dan lain-lain lagi….

Bersambung...

Anonymous said...

Quote:


Aqil_fithri menyatakan:

Saya tanya anda, selain niat mereka untuk mededahkan kepincangan2 masalah kampus masing2, dan menghentam seteru mereka, apa natijahnya nanti. Natijahnya, natijahnya (sekali lagi), supaya tampuk MPP dapat dirampas oleh puak2 PMI. Puak2 PMI mahu kembali memerintah kerajaan kampus!

Tidakah ini cara pandang yg sangat sempit sekali? Inikan cara fikir kuno, “us” lawan “them”! Puak2 PMI seolah-olah telah meletakkan diri mereka sbg wakil kebenaran, atau lebih ekstrim lagi, sbg wakil risalah Tuhan dimuka bumi Malaysia ini, bodoh! Oppsss, maaf, tidak bijak ayat yg lebih lunak sket…

Puak2 ini faham ke apa itu benar, apa itu salah? Kalau mereka menjadi Islam itu sebagai paksi kebenaran, Islam yg macamna? Adakah Islam seperti PAS? Adakah Islam seperti Taleban? Islam objektiviti atau Islam subjektiviti, atau kedua2nya? Tolong, tolong jelaskan pada saya, Islam dalam tafsiran yg mana satu? Tafsiran siapa yg mereka gunakan?

Sebab itu, saya ingin tekankan bahawa hal2 yg harus puak2 PMI utarakan ialah pesan2 yg bersifat filosofis spt soal kebebasan, soal demokrasi, soal keadilan yg merentasi agama, ras dan budaya, bukannya soal fekah yg sarat dengan emosi politik kepartian. Ini soalnya! Selama ini, ada ke puak2 PMI buat benda ini secara serius, dan menyakinkan? Upamanya, ada ke puak2 PMI buat forum Islam di masjid dgn tajuk “kebebasan media dalam Islam”? Ada ke? Bila?

Ya lah, katakanlah HEP (yg jelas zalim) tak bagi buat, ada ke dalam usrah2 mereka membincangkan ttg topic kebebasan media, kebebasan akademik, semangat intelektual, dll? Biar saya jawab dgn andaian saya sendiri, tidak ada!!! Sampaikan Prof. Ramasamy, Dr. Azli, Prof. Shaharir, Prof. Jomo tersingkir dari kampus pun mereka tidak mengerakkan bantahan raksasa dan konsisten. Inilah satu lagi jenis dosa - “dosa usrah”!




Semakin ana baca tulisan anda ni, semakin banyak ana kesan perkara2 yg “mencarut” (mengarut) yg anda utarakan tentang PMI. Ana, secara jujur mengatakan PMI yg ana perjuangkan tak pula hanya “sengaja” untuk masuk praya kampus untuk menguasai kerajaan kampus semata2. huh.. amat jahat pemikiran anda. Kenapa kita tak boleh menganggap kita sebagai “wakil risalah Tuhan” @ bahasa mudahnya, du’aat? Ana pernah mendengar seorang ulama’ berkata, “Barangsiapa yg mengucap “Lailaaha ilaLLAH, maka dia adalah pendakwah kepada Islam”. Adakah dgn mengatakan kita tak layak menjadi da’i, kita terlepas dgn tanggungjawab itu di akhirat? Tak! Kita tetap bertanggungjawab. Kenapa kesalahan pemikiran begini anda tidak mengambil peduli dan cukup teruk menghentam PMI sebagai wakil kebenaran?!! Anda sempit, aqil!

Wah3.. banyak pulak “versi” Islam yg anda utarakan. Jelaslah anda memang mencarut (ketawa?). Islam taleban? Islam PAS? Kalo boleh, ana nak tambah satu lagi, islam hadhari..hehe. tak payah nak rumitkan keadaan dan memeningkan fikiran anda dan orang ramai tentang yg manakah Islam yg betul.. kalo betul2 kita ikhlas nak ikut Islam, kita pasti diberi hidayah oleh ALLAH, Cuma problem sikit dgn masa. Kita kena usaha tanpa mengira masa. Dari dulu lagi Islam ni dipecah2kan. Dalam benda qat’i, tak payahlah saudara nak berpendapat lain pula dgn dalil2 dan nas2 yg sahih. Nak dihukum kafir ke? Banyak yg bercanggah hanyalah dalam perkara furu’iyyah. Benda furu’iyyah sebenarnya tak layak untuk kita bincangkan tapi ramai yg mengada2 (yg tak sempurna ilmu islamnya) memberi fatwa berdasarkan hanya satu dua ayat yg menyedapkan hati mereka. Zalim.. betullah kata2 seorang profesor ana sendiri yg menyatakan, ilmu Islamlah paling banyak dizalimi. adapun kalo berkait dgn ilmu lain seperti membina rumah, orang hanya meletakkan tanggungjawab kepada ahli2 pakar dalam bidang itu untuk menbicarakan tentang hal itu tanpa sedikit pun campur tangan dari orang yg tak mengetahui. Begitu juga dgn ilmu kedoktoran, orang2 yg tak mengerti apa2 tentang bidang itu, takkan mengada2 mengedarkan ubat2an yg tak diketahui kepada pesakit2 tanpa merujuk kepada doktor pakar sendiri.

mengenai isu islam objektiviti @ subjektiviti, Nabi sendiri telah mengajar kita. Islam tak terbina atas syakhsiah (objek) tapi paksi Islam terletak atas hujah (subjek). dalam surah ali'imran ayat 31 yg bermaksud,

"Katakanlah(wahai Muhammad): "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Boleh ditafsirkan dari sini bahwa cinta terhadap Nabi adalah tulus ikhlas kerana ALLAH. tiada cinta kepada ALLAH, tiadalah cinta kepada Nabi. begitu juga sebaliknya. jadi, anda nak memeningkan apa lagi dalam hal ni? Ana sebagai pendokong PMI, tak pula rasanya cukup taqlid. kami juga tahu dan kaji dalil2 dan nas yg sahih supaya tidak taqlid kepada sesiapa.

Ilmu fiqh yg sarat dgn emosi kepartian? Wah, sungguh sial (kata anda) pemikiran seperti ini. Islam itu syumul, aqil.. kenapa anda menghukum PMI sebegini? Mereka tak bercakap tentang politik semata2 walaupun di kalangan mereka sendiri. Yg lebih penting ialah tarbiah yg ingin dilaksanakan. Itulah yg selama ini PMI looking forward to (berdasarkan pengalaman ana bersama PMI).

Bercakap tentang usrah, sejarah usrah itu sendiri anda perlu perhatikan betul2. usrah ini bermula pada awal2 islam lagi apabila Nabi mengutuskan sahabat2 untuk mentarbiah (menjadi naqib) kepada orang2 yg berminat dgn Islam di madinah. Jadi, kalo nak diutarakan soal2 yg dicadangkan anda itu, PMI telah melaksanakannya (mengambil contoh usrah di bawah kelolaan ana). Banyak isu yg kami bincangkan berdasarkan perspektif islam. Isu AP: bolehkah bersumpah dgn alQuran? tidak ketinggalan isu faria alam yg bersumpah dgn alQuran bahawa dia ada skandal. Globalisasi, gejala sosial, couple, dan yg terbaru, ana persoalkan umat islam sekarang yg lebih suka meletakkan Islam itu atas syakhsiah, bukan hujah kebenaran. Itulah kekuatan islam sendiri.

Anda tak percaya bahawa ilmu agama boleh menyelesaikan semua masalah? Tidak perlu kepada teori big bang untuk menyatakan tentang asal kejadian alam semesta. alQuran telah jelaskan semua hal, yg dahulu, sekarang dan masa akan datang. Kita je tak paham. Sebab tu ulama’2 diperlukan untuk mentafsir. Berbalik kepada usrah, pemantapan ilmu agama dan iman ahli2 adalah lebih utama kerana itulah sumber kekuatan Islam dan umatnya. Jika anda pandai menangkis isu semasa, anda tetap membawa “kerosakan” yg lain (dosa?) jika iman anda kepada syariat islam tidak mantap. Contoh yg ana nak nyatakan tentang seorang jutawan perisian komputer islam di india yg lebih suka menganggap masyarakat India keseluruhannya sebagai saudaranya dari umat islam termasuk dalam isu Kashmir yg menyebabkan umat Islam di Kashmir terus tak terbela. begini ke yg kita mahu? seorang yg hebat dari segi material tapi faqir dalam bab persaudaraan antara muslim?

Jadi kesimpulannya, lebih baik bagi usrah ini menjadi medan untuk ahli2 memantapkan iman dan sekaligus ilmu agama daripada bercakap soal2 kebebasan media, demokrasi dari sudut sekularisme @ orientalisme (sebagai contoh).

Anonymous said...

Quote:


Aqil_fithri menyatakan:

Ya, masakan salah untuk kita berjemaah, berorganisasi dan berjuang atas nama agama. Tetapi yang salah ialah bila meletakkan perjuangan kita itu sebagai kemuncak kebenaran, malah, mendakwa seolah-olah kebenaran itu milik kita yang abadi dan azali. Ini, pada saya suatu tabii yang tidak tepat. Itukan meletakkan tafsiran kita saja yg benar? Bagaimana dgn tafsiran yg lain? Salah ke?

Memang, Islam itu satu, tapi fikirannya beragam, bukan? Jadi, mustahillah kita boleh seragamkan fikiran ummah, melainkan datangnya seorang keperibadian yang terpilih, mcm nabi dan rasul. Fikiran Ustaz Hadi berbeza dengan fikiran Nurcholish Madjid? Fikiran Mawdudi berbeza dengan fikiran Fazlur Rehman? Fikiran Qaradawi berbeza dengan fikiran Hossein Nasr? So, adakah fikiran Cak Nur, Rehman, Nasr ini yg salah? Saya tanya anda?

Baik, anda mungkin akan menjawab, kita kembalilah pada Al-Qur¡¯an dan As-Sunnah? Selesai? Tapi, bukankah kedua2 sumber tersebut memerlukan sutu penafsiran ataupun pentakwilan? Rasulullah yg membimbing kita secara taqwini dan tasyrie sudah pun tidak ada, jadi apakah selamat bagi kita untuk menggunakan Al-Qur¡¯an secara literal lagi ¨C tanpa penafsiran? Tanpa ada rumusan2 baru yg bersifat sezaman? Jadi, kalau dah ada penafsiran di kalangan ilmuan, maka tentunya ada perbezaan, kan? Maka, perbezaan (pluralisme) tentunya sesuatu yg kita tidak dapat lari, cumanya bagaimana kita hendak mengurus pluralisme itu agar wujud keharmonian.

Jadi, langkah yang paling selamat dan paling hikmah ialah dengan mengungkap pesan2 moral yang dikemukakan oleh Islam itu sendiri. Bayangkan, kalau kita masih bangkitkan ¡°soal halal & haram¡±, ¡°soal maksiat & tak-maksiat¡±, ¡°soal Islamik & tak-Islamik¡±, itukan satu tugas yang rumit, yang menuntut kepada kepimpinan mutlak macam rasul? Dan, salahkah kita utamakan dahulu pesan2 moral ketimbang soal fekah (yg akhirnya menjadi fekahisme)? Saya fikir kaedah ini lebih bijaksana (anda boleh perhatikan hal ini dalam kes konsert2 di kampus2. Bantahan yg puak2 PMI suka buat samada atas pengaruh fekahisme ini, atau memang benar2 atas ilmu serta kajian?).




Sungguh mantap ilmu anda yg dipengaruhi suatu fahaman (islam liberal?).

Kenapa salah meletakkan perjuangan sebagai kemuncak kebenaran? Bukankah itu yg Nabi saw buat? Kalo baginda tak meletakkan perjuangan dakwah itu sebagai puncak kebenaran, maka dgn mudah baginda tewas dgn tawaran kafir2 Quraisy. Apa yg anda faham ni?

Ana jawab soalan anda. Semua tak salah. Yg salah Cuma pendapat yg melampaui fikrah islam. Seperti Cak Nur dgn cadangannya “menyamatarafkan semua agama”. Anda setuju? Padahal nas yg sahih dan alquran sendiri ada menyatakan bahaw Islam itu yg tertinggi dan tiada yg lebih tinggi darinya dan juga sesiapa yg mengambil selain dari Islam maka ia tertolak! Gus dur pula menyatakan “selamat pagi sama dgn assalamualaikum”. Umat islam, walaupun mereka lemah tapi mereka amat sensitif dgn perkara yg melibatkan soal2 agama yg maklum. Umair bin Wahb aljamhi, seorang kafir yg kemudiannya memeluk islam, pernah mengucapkan “selamat pagi” kepada Nabi lalu Nabi menyatakan, ALLAH telah mengurniakan kalimah salam yg lebih mulia daripada itu. Jadi, apakah boleh diterima? Bagaiman pula dgn irshad manji? Alim Abdul Raziq? Kasim ahmad? Astora? Anda gelar mereka sebagai tokoh tajdid? anda taqlid dgn mereka kerana mereka ingin mencetuskan satu fenomena baru dalam agama sehingga anda sendiri membelakangkan nas2 yg sahih?

Pentakwilan semula alQuran dan Sunnah? sedikit pun tak mahu ambil dari ulama'2 silam? memang betullah, anda telah dipengaruhi fahaman islam liberal. AlQuran itu memang bersifat relevan sepanjang zaman. orang2 yg nak mentafsirkannya perlulah kepada orang yg lebih layak dan adil, bukan sebarangan orang. ulama'2 adalah golongan yg terpilih untuk mentafsir alQuran kerana ilmu mereka. anda nak tafsir alquran? huh.. ayat tentang arak pun anda tak arif..

soal islamik tak islamik atau dosa pahala, memang secara praktikalnya, ALLAH sahaja yg layak. tapi (sekali lagi tapi), dalam kaedah teoritikalnya, orang islam berhak mengatakan seseorang itu berbuat dosa atau pahala! kita bukan menghukum tapi sekadar memberi nasihat, jangan buat dosa! Kita memang tak boleh kata kepada mereka kamu berdosa! yg itu menghukum! yg boleh kita katakan kepada mereka, anda berdosa kerana begini begitu. itulah yg diseru oleh Nabi sendiri.

Hadis Jabir r.a katanya:
"Seharusnya kamu menolongnya baik yang zalim mahupun yang dizalimi. Terhadap yang zalim, maka hendaklah beliau mencegah kezalimannya. Sesungguhnya itu bererti telah menolongnya. Manakala terhadap yang dizalimi hendaklah beliau membelanya." (MUSLIM)


bersambung..

Anonymous said...

Quote:


Aqil_fithri menyatakan:

1)Beginilah sajalah, sebelum ramai silap faham. Saya mengkritik puak2 PMI ini bukanlah bermaksud saya mahu menyokong (atau memberi kredit) puak2 Aspirasi plak! Maaf, saya takkan buat kerja bodoh seperti itu! Sebenarnya, saya mengkritik puak2 PMI kerana saya dah tak tahan tengok puak2 ini (yg ada antaranya kawan2 saya dulu) yg telah sekian lama terperangkap dengan cara fikir yang tertutup, tersudut bersama-sama dengan paradigma yang terkepung ini!

2)Upamanya seperti yg saya cakap sebelum ini juga, selama ini, apabila puak2 PMI mengkritik kerajaan, apakah kritikan itu atas dasar objek atau subjek yang ada terdapat pada sasaran kritikannya? Kalau nak kritik batang tubuh kerajaan, itu bagi saya sangat-sangatlah tidak matang. Saya duga, barangkali puak2 PMI awalnya tidaklah berfikiran begini, tapi lama-kelamaan ia seperti sudah menjadi satu doktrin, kerajaan = zalim! Bagi saya, kritikan harus diasaskan kepada nilai-nilai yang sudah korup, yang bertujuan untuk memperbodohkan rakyat, tanpa mengira sesiapapun! PAS mahupun Umno! Maka, kritikan tidak harus menjadi deterministic, linear saja!

Tapi cuba anda perhatikan, mengapakah kita tidak pernah dengar puak2 PMI mengkritik PAS? Mengapa, tolong jelaskan pada saya? Selain memang benar mereka menjadi agen PAS, maka saya tak ada anggapan lain lagi? Logikkah, sampai kebetulan ini tidak boleh (dan tidak pernah) berlaku langsung pada PAS? Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS sendiri dalam ¡®Akhabar Siasah¡¯ (terbitan pertama) pun berani mededahkan eksplotasi PAS terhadap instrument kerajaan negeri, sebaliknya puak2 PMI yg kononnya bebas kepentingan hingga kini pun sukar untuk kita mendengar dari mulut mereka, bukan saja utk mengkritik PAS, bahkan menasihati PAS pun jauh sekali. So, siapa yg sempitkan siapa sebenarnya?

Baiklah, saya mungkin silap. Tapi, sudikah anda untuk berikan pada saya satu contoh (saja) bahawa memang pernah puak2 PMI mengkritik PAS? Satu saja, tentu boleh kan? Manakala, imbalannya, saya bagi sepuluh contoh puak2 PMI yang mengkritik kerajaan? Ya, tidak akan bernama suatu kebetulan lagi kalau puak2 PMI langsung tidak pernah mengkritik pihak sendiri (PAS?). Sempurna sangatkah PAS tersebut? Adakah PAS tidak pernah berlaku zalim, tidak pernah berlaku korup, tidak pernah salah guna kuasa? Zalim dan adil itu milik parti, atau ia disandarkan pada nilai-nilai dan pesan-pesan?



Salam..

1) walaupun ana dah boleh agak bahawa anda ni seorang yg beraliran islam liberal, berdasarkan pandangan anda tentang “pentakwilan semula alQuran dan sunnah”, tapi ana tetap nak komen penulisan saudara.

Anda telah memberi kredit percuma kepada aspirasi, aqil (sengaja?). Tentang “teman2 anda” tu, anda menyimpulkan objektif penubuhan PMI dan cara pimpinan PMI berfikir, hanya atas dasar pemikiran orang2 yg terdekat dgn anda (kawan2 sekampus)? Huh..siapa pulak yg sempit ni? Boleh bagitau ana? Kalo anda ingin mencari maslahat untuk dakwah, takkah anda terfikir bahawa cara anda meluahkan kritikan ini tidak profesional dan berhikmah? Anda sendiri tak berani tegur secara depan2 terhadap pemimpin2 PMI di kampus anda dulu, lalu anda masuk dalam forum dan mendedahkan kepincangan? Hrmm.. patutlah anda tak diberi perhatian oleh forumners2 di sini. “Keluarga” sendiri pun tak boleh ditarbiah dan ditegur, masakan nak tegur “negara” orang.

2) Baguslah sebab kali ini anda buat pertanyaan “apakah kritikan itu atas dasar objek atau subjek yang ada terdapat pada sasaran kritikannya?” lain kali just banyakkan persoalan. Bukan anda tanya dan anda jawab sendiri. Itu menyempitkan sendiri pemikiran anda (aktivis islam je?).

Tentang, pertanyaan tu, ana secara terus terang mengatakan PMI (berdasarkan pengalaman 3 tahun memimpin PMI), taklah menganjurkan taqlid kepada ahli2 kebanyakan. Tapi itulah kelemahan ahli2 yg tak cukup dgn ilmu agama, mereka bergantung pada pandangan ulama’ (PAS..yelaa kan, ada ulama’ lain nak bagi pandangan tentang dasar2 kerajaan?). lagipun salah ke bergantung pada pendapat orang2 yg menguasai bidang ilmu agama? Ulama’ pewaris nabi bukan?

Tentang pimpinan PMI tertinggi pula (ana salah seorang darinya), tak pernah menyalahkan “objek” kerana subjek. Seperti Nabi sendiri, baginda tak pernah membenci batang tubuh orang2 yahudi tapi kerana amalan2 mereka yg dilaknat ALLAH. Kalo PMI sendiri tak nak jalankan perintah Nabi sendiri, ana pun tak nak bergiat aktif dalam PMI ni. Tapi melihatkan PMI dgn dasar Islamnya, hati ana tak tertarik lagi nak perjuangkan benda lain selain apa yg sesuai dgn jiwa ana (yg islamik?). ana pula tak pernah minat nak bertaqlid kepada sesiapa tapi ana iktiraf ilmu2 ulama’2 PAS. Tiada timbul taqlid kalo apa yg mereka perjuangkan membawa kepada kecintaan terhadap ALLAH atau anda ingin membantah puak PAS secara taqlid pula?

Tentang contoh kritikan PMI terhadap PAS, banyak juga yg ana sendiri nyatakan dalam usrah ana. seperti ketaqlidan pemimpin2 PAS menolak gagasan islam hadhari, tentang konsert mawi di kelantan, tentang kerajaan PAS kelantan yg tak memberi budget khas untuk sukan di negeri itu sehingga menimbulkan banyak polemik, dewan ulama’ PAS yg jarang memberi komen terhadap isu2 semasa dan lain2. tak perlu bagi imbalan, anda pun dah lama takde kat kampusnegara ni. tapi soalan ana kepada anda, anda nak dengar camane kritikan2 PMI terhadap PAS? Melalui tv3? Rtm? Radio? Paper? anda mesti setuju dgn ana bahawa anda hanya berdegar2 mengkritik PMI, just memperhatikan kawan2 sekampus? Huh.. dah maklum siapa yg sempit kat sini.

Kalo anda sendiri ada fakta bahawa pemimpin PAS ada yg korup dan lain2, kemukakan!! Jangan asyik bercakap2 je. Huh.. tak praktikal langsung (bekas) mahasiswa seperti anda ni!

“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.” (alkahfi:28)

“Dan katakanlah (wahai Muhammad): Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya. Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api Neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu dan amatlah buruknya Neraka sebagai tempat bersenang-senang.” (alkahfi:29)

Anonymous said...

Quote:


Aqil_fithri menyatakan:

1)Saya juga sebut sebelum ini, usrah yang sepenuhnya boleh ditentukan oleh puak2 PMI akan silibusnya, mengapa mereka sejak zaman-berzaman masih mengggunakan buku yg sama? Masih terikat dengan buku2 Al-Banna, Syed Qutb dll lagi? Kenapa tidak berkembang pada buku Hossein Nasr, buku Shariati, buku Fazlur Rehman, buku Majid Fakhry, buku Karl Popper (oppss.. silap tulis, ini org kafir kan), buku¡¬ Ah¡¬ banyak buku2 lain lagi! Kenapa tidak ada perubahan tentang ini? Apakah minda (cara fakir) puak2 PMI static, tidak berubah meskipun sekeliling mereka (zaman) jauh berubah? Please, tolong betulkan saya jika saya silap¡¬



Quote:


Aqil_fithri menyatakan:

2)Kalau anda teliti, semua yg dibongkarkan ini amat dekat dgn soal paradigma (salahkan mengunakan perkataan paradigma, yg kononnya2 takut akan terpesona dgn barat? Hehehe). Puak2 PMI, janganlah ada anggapan atau mahu pisahkan (dalam minda sekalipun), ¡°ini ilmu Islam, satu lagi ilmu kafir¡±! Belajar pasal Saeed Hawwa, boleh, tapi belajar pasal Thomas Kuhn tidak boleh, takut sesat! Ini, pada saya salah satu lagi bentuk fikiran yang sekular. Sekular, lazimnya puak2 PMI tengok dalam sisi fizikal, tapi bagaimana dalam sisi paradigma?

Yalah, katakanlah tidak bersetuju dengan teori2 barat sekalipun, kemukakanlah gagasan alternatifnya. Macam Prof. Shaharir Mohamad Zain buat, ada gagasan ¡°PengIslaman Ilmu¡±nya. Macam Prof. Ismail Faruqi buat, ada gagasan Islamisasinya. Macam Hossein Nasr buat, ada Sains Islamnya. Tapi PMI, yg kata berdegar2 tahu segala macam serba-serbi macamana nak atasi semua masalah ummat, mana perginya gagasan2nya mereka itu? Lebih dalam lagi, konkrit ke gagasan2nya mereka itu? Atau, saya tak patut cabar puak2 PMI, sebab mereka masih ¡°pelajar¡± lagi, bukannya ¡°mahasiswa¡±?




1) Mmm.. rasa cam dah malas nak layan aqil ni (kerana sempitnya fikirannya). Ana tak suka kalo disamakan PMI=politik. PMI bukan pertubuhan politik rasanya hingga membelakangkan intelektualiti (bukankah politik juga suatu bidang ilmu?).

Tentang buku2 usrah, ana tak pernah mengajar atau menganjurkan indoktrinasi. Ana tak pernah tertakluk kat mana2 pandangan. Ana lebih suka mengambil ulama’2 muktabar (yg dikatakan “outdated” oleh pemikir2 islam liberal (seperti anda?)) sebagai panduan. Ana ambil pendekatan ini kerana memandangkan ulama’2 sekarang (termasuk penulis pojok dan picisan) banyak dipengaruhi oleh fahaman sekularisme, orientalisme, sosialisme, liberalisme dan banyak lagi “isme”2nya. Tak selamat untuk aqidah umat sekarang terutamanya anak2 usrah ana. lagipun, ana tak pernah tekankan kaedah politik dalam usrah ana tapi lebih penting tarbiah islamiah yg tulen.

Tentang pandangan tokoh2 lain, kalo ada peluang ana pun nak baca dan kaji tapi merasakan komitmen belajar lebih besar, ana terpaksa kurangkan untuk hal itu. Kalo ana belajar sains politik di kampus, amat mudah tapi ana belajar engineering. Ana bukan setakat nak kaji fahaman Fazlur Rehman, alMawdudi, abu hasan al-Mawardi, Majid Fakhry, Karl Popper, tapi juga Bill Clinton,
Bush, Aristoteles, Adam Smith, Cicero, Friedrich Engels, Immanuel Kant, John Locke, Karl Marx, Lenin, Martin Luther, Max Weber, Nicolo Machiavelli, Rousseau, Samuel P Huntington, Thomas Hobbes, Antonio Gramsci, Harold Crouch, dan Douglas E Ramage (banyak pulak.hehe).

Ana rasa takdelaa salah kalo ambil buku2 hasan albanna atau syed qutb. Mereka diiktiraf (anda pula tak iktiraf?). apa yg salah adalah kejumudan pemikiran, ketaqlidan mengikut pemimpin2 tertentu hinnga membelakangkan nas2 alQuran dan hadith yg sahih. Itulah yg salahnya! Kenapa anda tak persoalkan hal itu (jumud dan taqlid) tetapi mempersoalkan buku2 hasan albanna hingga mengatakan buku2 itu “ketinggalan zaman”?!!

Buat masa sekarang, biarlah ana pegang alQuran dgn pandangan variasi ulama’2 muktabar dlm ilmu tafsir seperti ibnu katsir, alqurtubi, atau attabari dan ibnu abbas. Lagipun tafsiran mereka universal, tak dipengaruhi oleh mana2 fahaman. Mereka hanya cintakan Islam secara mutlak, bukan hak2 peribadi mereka atau nafsu mereka. Nak suruh ana ambil pandangan “ulama’ tafsir” sekarang seperti pimpinan sisters in islam, kasim ahmad? Yg menggunakan aqal semata2? Huh.. dimintak jauhlaa..

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” (albaqarah:120-121)

2) Tentang pendapat golongan kuffar tu, ana tak kisah pun kalo nak diambil yg baik. Tetapi alangkah bijaksananya kalo kita boleh perhatikan pendapat2 kuffar dan mengambil yg baik dgn menggunakan tapisan iman dan aqidah yg mendalam terhadap ajaran ALLAH dan Rasul. Taklah kita tertewas dgn pandangan sekularisme, orientalisme yg takkan sesekali redha islam diamalkan mengikut kerangka tasawwurnya yg betul. Tidakkah ini memerlukan tarbiah islamiah yg amat kuat? Anda ingin mengaku bahawa anda telah ditarbiah hingga boleh menceduk idea barat secara bijak untuk maslahat umat? Kalo betul, alhamduliLLAH..

Tak perlu anda menyatakannya bahawa ia (hal mengambil pendapat kuffar) adalah pendapat anda sendiri atau manusia2 lain kerana alQuran telah menyatakan dari dulu lagi. Dalam surah annaml ayat ke34, anda sendiri boleh lihat bahawa ALLAH telah mengabdikan kata2 orang kuffar (Ratu Saba’iyyah; pada masa tersebut itu ratu saba’iyyah masih musyrik) dalam alQuran.

“Raja perempuan itu berkata: Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan.”

Itulah Islam dgn kesyumulannya; terletak atas hujah kebenarannya walaupun hakikatnya golongan kafir yg mengucapkannya. Satu contoh lagi semasa peperangan Ahzab, seorang sahabat, Salman Alfarisi, memberi cadangan kepada Nabi supaya membina parit yg diilhamkan dari kerajaan Parsi (musyrik) bagi menghalang serangan musyrikin dan yahudi dalam peperangan itu. Jadi, apa pendapat anda? Walau bagaimanapun, semua ilmu adalah bertitik tolak dari Islam sendiri, bukannya milik mutlak kafir.

Ana tengok dalam penulisan anda, tiada satu pun ayat alQuran dan hadith Nabi. Anda kekurangan sumber (lebih banyak sumber Barat dan fikiran sendiri?)? anda salahkan orang kerana ambil banyak sangat ilmu2 fekah, tapi anda sendiri kekurangan dgn tidak mengambil pandangan alQuran dan Sunnah dan hanya menggunakan aqal semata2 untuk mentafsir. Jelaslah anda masih kekurangan tarbiah islamiah dan anda memang terpengaruh dgn (secara taqlid) kepada teori2 barat!

Ana, secara jujur kagum dgn golongan kuffar yg lebih memahami Islam berbanding umat islam sendiri. Tapi hakikatnya mereka tetap zalim kerana hidayah dari ALLAH tak sampai kepada mereka. Banyak contoh sepanjang zaman yg boleh kita ambil. Ana nak ambil contoh pada zaman pemerintahan sayyidina Umar Al-Khattab. Pada masa itu, Abu Musa Al-Asy’ari menjadi gabenor Yaman. Setiausaha sulit beliau adalah seorang musyrik (kristian). Umar ra amat kagum dgn bacaan alQuran musyrik itu sehingga menyuruhnya membaca di masjid (kerana tidak tahu dia adalah musyrik). Lantas al-Asy’ari melarang dgn mengatakan dia musyrik kristian. Lalu Umar memarahi al-asy’ari dan menyuruhnya jgn mengambil golongan musyrik menjadi teman.

Satu contoh lagi seorang mubaligh kristian telah menerbitkan kitab hadith yg mengandungi daftar hadith seperti Bukhari, Muslim dan lain2. walau bagaimanapun, mereka tetap tidak boleh diterima dalam dunia Islam.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.” (almaidah:51)

“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian).” (albaqarah:146)

3) Alternatifnya adalah Islam. Irshad manji mengeluarkan idea “Lesbian adalah SAH dari segi islam”. Mungkin kenyataan ini dikeluarkan kerana golongan hawa melebihi adam di serata dunia terutama di barat hingga menyebabkan penghalalan perkahwinan lesbian di US. Alternatifnya adalah Islam! Islam menganjurkan poligami! Semua ada penyelesaian menurut Islam! Kenapalaa nak cari yg lain? Banyak lagi isu2 sekarang boleh diselesaikan, Cuma tekanan dan tribulasi dunia menyebabkan idea mencegah dari Islam tak diwar2kan. PMI tak perlu war2kan dgn islamisasinya atau sains moden tapi Islam secara keseluruhan yg dibawa. Yg berbentuk kaffah! Hanya buka fikiran sedikit!

“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.” (aliimran:85)

“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.” (aliimran:19)

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” (albaqarah:208)