Beberapa tahun dahulu, saya tak ingat bila waktu tepatnya, adalah kali pertama bersua dengan beliau, iaitu ketika berkunjung ke biliknya di Pusat Pengajian Sains Matematik, PPSM UKM.
Ketika itu saya menuntut prasiswazah di FST dan bergelut dengan satu tugasan kalkulus yang sangat menyusahkan. Asalnya, ke PPSM untuk bersua dengan cikgu-cikgu matematik saya, tetapi maklumlah, hari itu hujung minggu. Jadi, semuanya bercuti.
Namun, tiba-tiba terserempak dengannya yang memang saya kenali secara tidak langsung. Namanya sering terselit di papan kenyataan sebagai salah seorang tenaga pengajar untuk subjek Sejarah & Falsafah Sains. Lalu, masalah kalkulus saya ditanya padanya dan selesai selepas berbincang. Beliau begitu mesra, meski tidak mengenali saya.
Kemudian saya mewawancarinya pertama kali tentang soal kebebasan akademik, juga di UKM. Itu juga disambut dengan baik sekali, walaupun saya banyak merosakkan istilah beliau semasa wawancara tersebut. Umpamaya saya mengunakan “kerelativitian” untuk ganti istilah “kenisbian”. Saya juga sering campur adukkan bahasa Inggeris dan Melayu dalam satu ayat ketika perbincangan.
Namun, setelah mengenali latar beliau, saya rasa malu sendiri bila mengenangkan hal itu. Sebab itu, sebelum mewawancara seseorang, kita dituntut untuk menguasai pemikiran dan perjuangan mereka. Jika tidak, bukan sahaja hasilnya wawancara tersebut tidak menarik, malah boleh ditempalaknya.
Setelah itu, saya bersua lagi dengan lebih dekat di banyak pertemuan, termasuklah untuk wawancara terbaik saya bersama beliau tentang falsafah kuantum. Ketika wawancara tersebut, beliau bertugas di UPM.
Saya tahu, beliau telah ‘dihalau’ dari UKM kerana faktor perjuangan bahasa Melayu-nya. Beliau tegas menentang dasar dwi-bahasa yang cuba diamalkan oleh UKM. Bagi beliau, kita tidak harus merasa rendah diri untuk menggunakan bahasa Melayu di universiti kebangsaan kita sendiri. Bangsa asinglah yang harus belajar bahasa Melayu untuk menikmati pendidikan di UKM.
Barangkali kerana rendah diri seperti inilah, sampai kini di UKM, belum ada lagi siswazah asing di FST, UKM yang menulis tesis dalam bahasa Melayu. Saya tidak fikir maklumat ini berani dinafikan oleh Pusat Pengajian Siswazah (PPS) , UKM itu sendiri.
Jadi, setelah ‘dihalau’, beliau bertugas di UPM selama setahun. Itupun sebagai Penyelidik Khas. Namun hari baik telah tiba. Kini, beliau kembali menjadi professor. Bukan di UPM dan UKM lagi, tetapi jauh dari hiruk pikuk ibukota, dan damai dengan birai pantai yang mempesonakan.
Saya fikir, ia memang tempat yang indah untuk berfikir dan merenung tabii alam. Di KUSTEM, Terengganu, Prof. Dr. Shaharir Mohammad Zain kembali meneruskan minat mengajarnya. Selamat berjuang, Prof!
Dan, saya secara peribadi, memang sangat terhutang dengan nasihat dan buku-buku beliau. Terima kaseh!
Thursday, July 13, 2006
Shaharir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Sebutan yang betul adalah KUSteng.
Hey what a great site keep up the work its excellent.
»
I like it! Good job. Go on.
»
saya setuju
saya juga merupakan peminat Prof Shahrir!!
saya salah seorang bekas pelajar prof shaharir..saya amat mengagumi dirinya kerana perjuangkan bahasa melayu..kerana sewaktu di projek tahun akhir..kami terpaksa menterjemahkan makalah dari inggeris ke bahasa melayu..secara tak langsung banyak perkataan baru yang dikeluarkan..dan kami dengan sendirinya memahami apa yang sedang kami buat bukan dengan hanya "tiru dan tampal"bak kata org "copy paste"...
Post a Comment