www.flickr.com

Saturday, June 17, 2006

Dualisme

Dualisme, dalam perbincangan falsafah sains, telah membahagi realiti menjadi --> subjek dan objek, manusia dan alam <-- dengan menempatkan kuasa subjek ke atas objek. Dikotomi ini sebenarnya merupakan consequence tabii dari prinsip Descartes dalam meneroka kebenaran objektif dan universal.

Justeru, kalangan Cartesian kini menganggap bahawa manusia (subjek) dapat memahami dan mengupas realiti yang terbebas dari binaan fikiran manusia. Ini juga bermakna, subjek sebenarnya dapat mengukur objek tanpa mempengaruhinya.

Dualisme seperti ini turut meliputi pemisahan yang nyata dan mendasar antara minda dan jirim, antara cogitans dan ekstensa, serta antara nilai dan fakta. Bagi Descartes, tidak ada yang tercakup di dalam konsep jasad menjadi milik minda, dan tidak ada yang tercakup di dalam konsep minda menjadi jirim.

Pemisahan Descartes antara minda dan jirim atau kesedaran dalaman subjek dan realiti luaran objek telah menimbulkan pengaruh yang sangat luar biasa terhadap pemikiran barat --> yang sebelum itu kuat mendukung paradigma Aristotelian.

Werner Heisenberg dalam Physics and Philosophy (1958), pernah menulis, "pemisahan ini telah menembusi jauh ke dalam fikiran manusia selama tiga abad sesudah Descartes, dan di perlukan waktu yang sangat lama untuk menggantinya dengan sikap yang benar-benar berbeza terhadap persoalan realiti."

No comments: