www.flickr.com

Friday, July 28, 2006

Bahayakah Wahhabi?

Akhir-akhir ini saya seperti diajak untuk berkunjung ke blog Faisal Tehrani. Mungkin antara mereka yang setia. Di sana, wacananya kian hangat. Lebih-lebih lagi bila pekung wahhabi diselak. Saya, sama sepertinya juga, turut percaya yang wahabi itu adalah jalur yang membimbangkan.

Tetapi, cerapan saya ada perbedaannya. Iya, dari satu konteks, mengkritik wahhabi (dan, inspirasi fahamnya) boleh membawa kita merenung kembali muara 'ummat yang satu'. Namun, ia belum tentu berhasil untuk membangun semula perpaduan. Itu misi mustahil. Malah, Republik Islam Iran, sebagai sebuah kerajaan, pun sentiasa dilihat cuba mengelak untuk mengkritik Arab Saudi.

Memang, dalam keadaan-keadaan tertentu, Iran tidak begitu. Umpamanya, tahun 1987, ratusan jamaah haji Iran ditembak oleh tentera Saudi -> kerana berdemostrasi mengecam Amerika. Malah, sebelum itu lagi, Arab Saudi begitu kental mendukung Saddam Hussein ketika Perang Iraq-Iran -> kerana bimbangkan eksport revolusi Islam. Dan, tentunya ada banyak lagi contoh.

Bagi saya, kritikan terhadap puak-puak wahhabi yang paling akbar ialah faham eksklusifnya. Ini akarnya. Mereka (puak-puak wahabi) sangat konservatif sekali, sampai tidak meraikan jamak perspektif. Umum tahu, mereka guna kuasa (malah, nyawa diri) untuk tundukkan jalur-jalur Islam yang lain. Pengalaman pedih ini sangat dekat dengan kaum sufi, shiah & tariqah -> seperti rumusan John L. Esposito dalam The Islamic Threat: Myth or Reality?.

Malah, bagi saya lagi, sebenarnya puak-puak “Islam Liberal” – dalam erti kata Jaringan Islam Liberal (JIL) – adalah lebih Islamik berbanding eksklusivisme sebegini. JIL, meski ada di kalangan mereka yang tidak sempurna ritual agama, namun mereka lebih memahami apa itu hak memilih jalur dalam beragama. Mereka juga, dalam banyak tema, nyata lebih cenderung neutral berbanding prejudis.

Sebaliknya, puak-puak wahabi mana mungkin dapat melunakkan citra mereka, meskipun mereka memakai tanda nama “salafi”. Sepertinya meminjam sindiran Ali Shariati, mereka ini (Akhund) seolah-olah mahu menghadirkan citra “Islam fasis” dan “Nabi fasis”! Justeru, kita mengkritik wahabi bukan kerana jalurnya semata-mata, tetapi lebih kepada amalan hagemoninya. Itu pangkalnya, bagi saya.

4 comments:

Anonymous said...

Here are some links that I believe will be interested

Anonymous said...

Hmm I love the idea behind this website, very unique.
»

Anonymous said...

I remember one hadith from Rasulullah SAW, he said "My ummah in the end of age, will separated into 73 jema'ah, 72 jema'ah will go to hell (an-nar), except one, that's peoples as follow my sunnah and khulafak rashidin's sunnah, so i make investigation that wahabi always sunnah and they very hate about syirik and bida'ah, so i'm disagree as what you published

Anonymous said...

What a great site »