Baru-baru ini, saya ada mengirim satu soalan kepada mentor Khalid Jaafar, tentang kontroversi naifnya penguasaan bahasa melayu oleh Sharifah Amani ketika Festival Filem Malaysia baru-baru ini. Dan, nampaknya Anwar Ibrahim telah berkesempatan untuk meruangkan masa bagi membahas persoalan ini. Berikut adalah kutipan jawapan dari blognya, (Anwar Ibrahim 3.0):-
"Aqil Fithri,
Serangan terhadap Sh Amani agak keterlaluan. Beliau wajar ditegur tetapi perlu diberikan kesempatan memberikan penjelasan. Saya musykil mengapa terdapat kalangan yang tampak begitu gagah menyerang beliau tetapi membisu manakala berlaku pengkhianatan terhadap dasar bahasa. Apa gerangan pendapat mereka manakala bahasa “rojak” digunakan olih pemimpin; matapelajaran sains dan matematik di sekolah kebangsaan diajar dalam bahasa Inggeris?"
Sunday, August 20, 2006
Amani (lagi!)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment