www.flickr.com

Thursday, August 3, 2006

Blog

Blog adalah simbol kebebasan; dan, blogger adalah ekpreasi kebebasan tersebut. Kini, kebebasan yang asyik kita nikmati ini sudah mahu direnggut. Dalam era globalisasi ini, saya masih hairan, masihkah ada lagi puak (Islam Hadhari, lebih-lebih lagi) yang mahu menundukkan kebebasan insan ke dalam genggaman penguasa? Meski kita sendiri turut akur, bahawa kebebasan itu tetap ada batasnya, namun mengapakah batas yang sedikit itu diugut-ugut dan ditempikkan – seolah-olah penguasa pula yang tertekan! Sungguh, saya kira begitulah yang bermain di fikiran penguasa pada waktu ini. Mereka sering lupa, sekalipun segala pekakas politik dimanipulasi, mustahil sekali gelombang maklumat dapat disekat. Bagi saya lagi, fikiran untuk membataskan kebebasan hanyalah warisan empayar kuno. Sayang, saya fikir Pak Lah telah mengabaikan buku The Future of Freedom: Illiberal Democracy at Home and Abroad (Fareed Zakaria, 2003) – sebuah buku yang boleh menuntunnya menjadi seorang Perdana Menteri yang baik.

4 comments:

adibah abdullah said...

assalamualaikum saudara aqil.
saya baru kali pertama menjengah ke laman-laman saudara.
mungkin ini akan menjadi pemula kepada tukar-tukar bicara.
salam perkenalan. (meoww)

Aqil Fithri said...

salaam~

terima kaseh byk2 kerana sudi jengah ke sini. iya, byk lagi yg boleh kita bicarakan selepas ini. tentunya. ngauuum! :-)

ahmad zaki yamani said...

Pada hemat saya, setiap manusia bertindak mengikut urutan keutamaan yang dipegangnya. Tatkala kita meletakkan kebebasan bersuara (meski bukan mutlak) adalah utama, mungkin ada yang lain melihat ia bukan sekadar tidak utama dipertahankan, malah ancaman.

Justeru nilai yang kita pegang mahu tidak mahu bertembung dengan nilai yang mereka pegang. Di medan pertembungan, seringkali wajah huduh manusia akan terserlah.

Anonymous said...

Best regards from NY! http://www.adipex-phentermine-6.info/Adipex_online.html Lipitor and myalgia finest sweaters and style chair longest period time wheel Hollywood cosmetics Acne cystic ovary polycystic