www.flickr.com

Wednesday, August 30, 2006

Pluto Tersingkir

Untuk diiktiraf sebagai sesebuah planet, maka sesuatu objek itu disyaratkan (1) mengorbit Matahari, (2) berukuran cukup besar sehingga mampu mempertahankan bentuk sferanya, dan (3) memiliki jalur orbit yang jelas dan bersih (dengan maksud, tidak ada benda samawi lain di orbitnya).

Dengan definisi baru ini, Pluto kini sudah dilucutkan tarafnya oleh International Astronomical Union (IAU) pada 25 Ogos 2006 yang ketika itu bersidang di Republik Czech. Sekarang Pluto hanya dikenali sebagai sebuah planet kerdil sahaja --> bersama-sama dengan Charon, Ceres dll.

Sains, seperti definisi popular, itukan berupa analisis fenomenon secara sistematik, mantik dan objektif dengan kaedah khusus yang diperantikan bagi mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai. Dan, dengan dukungan definisi ini, maka sudah tentu sains itu boleh berubah, malah boleh juga bercanggah dengan perspektif sebelumnya.

Jadi, tidak ada apa yang perlu kita gusarkan tentang perubahan bilangan planet di tatasuria kita ini. Selagimana bumi kita masih lagi mengorbit matahari dalam keadaan lazim, kita hakikatnya masih 'aman'. Melainkan, anda mempunyai kepercayaan kental bahawa angka sembilan adalah lambang kesempurnaan, maka memang wajar sekali anda perlu merasa gusar!

3 comments:

rashinina said...

Assalamu'alaikum warahmatullah,

Jadi, dalam buku sains dan astronomi di Malaysia, dan untuk peperiksaan yang akan datang ini, jumlah planet yang mengorbit matahari bukan lagi 10 lah ya?

Itu baru Pluto, kalau bumi yang terkeluar dari sistem suria dan dikenali sebagai planet kerdil, alangkah bahagianya.

Sekurang-kurangnya ada sedikit rasa tawadhu'.

* Saya memang sukakan angka sembilan, suatu angka menuju kesempurnaan dalam nombor asas 10. InsyaAllah, yang jadi itu, ada hikmahnya. Allah memberi ruang untuk kita berfikir.

Jong said...

salam,
planet ada 11.

Najwan Halimi said...

bukankah dahulu pernah ada cerita mengatakan yg saintis telah menemui planet ke-10??

ingatkan planet ke-11 dlm pencarian..tup-tup pluto pulak dicabut kerakyatannya sebagai warga bima sakti.