www.flickr.com

Wednesday, September 6, 2006

Alam

Hampir lima belas tahun dahulu, jika tidak salah ingatan saya, Pasir Raja merupakan sebuah kampong yang sangat indah dan mengasyikkan. Terpencil di Hulu Dungun dan punya sejarah yang tersendiri. Jujur, ketika itu air sungainya sangat-sangat jerneh, manakala kehidupan akuatiknya pula sungguh mempersonakan. Sesiapa saja boleh tersentuh dengan mainan alamnya.

Namun begitu, semalam saya berkunjung lagi untuk menikmati keasyikan tersebut, sambil-sambil singgah di Chemerong. Sayangnya, ia sudah nyata berbeza. Aktiviti pembalakan bagaikan meratah keindahannya. Bilang masyarakat Pasir Raja, dalam loghatnya yang unik, serta dengan susunan nada yang tampak pasrah, “warisan kami sudah pun ditoreh sampai ke gunung”. Jelas sekali, hukum zaman menghimpit mereka.

Sekuntum Rafflesia, dari spesies baru yang ditemui oleh Dr. Kamaruddin Mat-Salleh (UKM) baru-baru ini di Hulu Dungun mungkin boleh terpelihara dengan sempurna, tetapi bagaimana dengan nasib khazanah yang lain? Jika sungainya sudah demikian tercemar, maka apa lagi harapan yang ada untuk anak-anak Pasir Raja menikmati warisan berharga zaman-berzamannya?

7 comments:

Khalid Jaafar said...

Nostalgia weh!

Amin Ahmad said...

Haha, orang kita kan suka nostalgia?
Tentang hebatnya zaman pemerintahan Rasulullah dan para sahabat. Tentang gegarnya negara dengar Reformasi..

Akhirnya apa? Huh, bunyi macam realist..kunun

Aqil Fithri said...

salaam~

alahai...:-) skali skala nostagiklah sket... kalau derih jusoh tak baca pun takpa...:-)

pak khalid & amin lebih2 lagi sebagai "orang hutan" [:-)] tentu punya nostalgia yang tak kurang menariknya. tetapi kerana mahu lari dari romantisme, maka nostalgia dipandang tidak manis...

Amin Ahmad said...

Haha, Aqil..ana ni suka bernostalgia..tak tipu punya..tapi nak kena duduk sorang2..dah banyak tempat juga merantau cari kawan2 lama..alhamdulillah banyak gak jumpa..yang tadika pun ada!!

adibah abdullah said...

salam,

saya tinggal di kampung. depan rumah ada bukit berimba. lebih 15 tahun lalu belakang rumah adalah belukar cerang yang sekarang sudah menempatkan rumah-rumah lengkap madrasah. dua km ke kanan, ada sungai. satu km ke belakang, ada sungai. berdiri di beranda atas, ruang mata penuh dengan warna hijau sampai mencakar awan.

seronok jadi anak kelantan.

tak dapat bayangkan kalau bukit di depan rumah ditarah memacak kondominium, sungai tempat mencepak air dan menangkap ikan dikeruhi kumbahan serta mendakan lumpur, atau daun-daun hijau sesak nafas dilitup asap dan debu yang tepu dalam udara.

tapi kalau tak membangun pun macam tak kena juga kan?

salam, meow~

Aqil Fithri said...

salaam kembali~
adibah, wah damainya persekitaran pembesaran anda... cemburu gak!

Anonymous said...

Memang kapong Pasir Raja kalu dulu lawa.Banyok benda buleh tengok hok asli.Aku ni pun anok Pasir Raja tapi doh jadi bisnes men ket KL dan Jb.Bila aku balik kapong sekali sekala memang sedih.Di tarohnya oleh laknat pembalok yang dok belas kesiang.Aku pun tauke jugok tapi dok lah tamok macang tu.Ni Semua masa Pemerintahang Parti Hok Satu lagi tu.Bila YB kata tak kejor dunia tapi pakai keta besor jugok.Dulu kalu nok dapat ikan keloh dan ikan keripon bayok sanyak ale ni nok dapat ikan sia siko pun susoh.

Pada hok tulis tak suka nostalgia tu,memanglah sebab dia orang bando kot,ataupun dia pun pelahap jugok.Bukang orang Pasir raja dok nok pembangunan tapi biarlah jangan punoh hok asal terok sangat.

Ale ni bende tak dok kat Pasir Raja sejok BN ambik alih .Kalu dulu naik bot dari Jerangau atau Kuala Jengal ale Jalan Lawa nok mampos,Dulu paka pelita api doh 24 jam,Bukan setakat telipong rumah Handphone line celcom pun doh bule jelas.Letok telipon atas kepala budak pejapa aku call aku tahu.mende masaalah kat KL atau Jb.
Mintok aku pada tuhan agar Sungai Dungun hok lalu kat Pasir raja tu jernih semula lah,ikan banyok pulok.
ikhlas dari Ceomufa@HOTMAIL.COM
org Pasir Raja