www.flickr.com

Saturday, September 2, 2006

Du’a

Saya senang jika dapat memetik 'rengekan' du’a Ali Shari’ati ini sebagai renungan bersama...

“Tuhanku, siapakah orang kafir? Siapakah orang muslim? Siapakah orang shiah? Siapakah orang sunni itu? Apakah kiranya batasan yang membezakan mereka antara satu sama lain? Sungguh, aku menanti datangnya hari yang menyucikan kefahaman dan pengetahuan mengenai agama di negeri Islam ini. Sehingga seorang dari kita dapat memotretkan Fathimah seperti kupasan Sulaiman Katani, seorang doktor kristian; memotretkan Imam Ali seperti seorang kristian, George Jordaq memotretnya; mengerti ahlulbayt seperti telaah si Katolik, Massingon; memahami Abu Dzar seperti tulisan Abdul Hamid Judah as-Sahhar; mengurai Al-Qur’an seperti terjemahan Blache’re, seorang paderi gereja; atau, dapat berbicara tentang Nabi kita, Muhammad, seperti Maxim Rodinson, seorang penyelidik beragama Yahudi. Seperti juga saya berharap, suatu hari nanti, Islam dan para pendukungnya serta para penegak wilayah dapat bersama-sama menerjemahkan karya orang-orang kafir yang itu…”
Untuk lebih lanjut, sila semak dan baca dalam buku Ad-Du'a beliau.

8 comments:

Najwan Halimi said...

sangat tersentuh dgn doa ini..

saudara aqil fithri,
saya antara penggemar blog ini dan serba sedikit mngikuti hasil tulisan dr ali shariati (tidak terlalu mendalam kerana kesempitan waktu)..

harap saudara dapat mengutarakan idea-idea juga pendapat-pendapat beliau dalam blog ini..

~salam perkenalan

najwan halimi,
subang jaya.

najwanhalimi@yahoo.com

Amin Ahmad said...

Aqil,

Bila kita berjumpa kali pertama satu tika dulu. Ana gembira dapat tinggal sebilik dengan nta.

Ana tahu level nta lebih tinggi bila ana curi dengar perbualan nta dengan Helme..ingat tak kat kolam tu?

Adakah nta rasa orang kita sedia untuk itu?

Aqil Fithri said...

salaam~

najwan - terima kaseh atas minat suadara. insha'allah, kita sama2 belajar dari rausyanfekrnya Ali Shari'ati. salam perkenalan kembali...

Amin - O, enta curik ya. Min, pernah naqib ana cakap, "nak cari ilmu mesti ikut pintu, jangan ikut tingkap". nanti tak berkat... :-) hehehe

Amin Ahmad said...

Haha, bukan curi ilmu..
tapi kenal karakter..
diam ubi berisi..

tadi ana ada tengok satu buku tulisan Gamal Al-Bana tentang Islam dan Rasionaliti..rm30..

tak beli lagi..tapi ada juga dia petik pandangan pengasas teori Fizik Kuantum..huhu..nampaknya ana ada peluang lihat kenapa nta ada syahwat terhadap fizik kuantum..haha

rastom said...

rausyanfikir! ah, enta tau zaboni forsi juga!

zarch said...

Asalam, apa khabar, masyaallah, menarik blog tuan sejak diupdate ni. Saya nak bertanya, Sulaiman Katani yang mana tuan maksudkan, kerana setahu saya hanya ada Maulana Sulaiman Katani, ulamak (Hafis dan alim) dari South Afrika, yang mana dalam ceramahnya selalu diperkatakan kebesaran Allah juga keutamaan Rasulullah s.a.w. Ok, salam hormat dari saya...

Khalid Jaafar said...

Massignon kembali Katolik setelah bertembung (dalam mimpi?)dengan al-Hallaj dan mengabdikan sepanjang umurnya untuk menulis tentang Hallaj. Dan pensalibah Hallaj (kerana ungkapan Ana al-Haq) pada Massignon adalah bukti kebenaran ajaran Kristian.

Aqil Fithri said...

salaam~
sudah jatuh ditimpa tangga nasib al-Hallaj. sudahlah disalib oleh penguasa, kemudian dituduh pula membocorkan hazar kalangan sufi...