www.flickr.com

Sunday, September 10, 2006

Nubuwwah

Benak saya kadangkala rungsing memikirkan dampak wawancara ini --> Abdul Moqsith Ghazali: Nabi Muhammad bukannya nabi terakhir (Siri 3). Adakah ia hanya setakat mengundang emosi dan bikin gegeran khalayak semata-mata, tetapi akhirnya tidak menjurus kepada tingkat wacana-wacana balas yang bermutu?

Lantarannya, idea-idea di sini ternyata berseberangan dengan hampir seluruh fikiran kerencaman masyarakat Islam, lebih-lebih lagi terhadap puak-puak yang berfikiran konservatis, tradisionalis dan fundamentalis (jika diizinkan dengan permainan terminologi ini). Menerusi wawancara yang dilakukan oleh Ummahonline Team bersama dengan Abdul Moqsith Ghazali, koordinator Jaringan Islam liberal (JIL) ini, ia telah memuatkan lima butir fikirannya.

Ini termasuklah, (1) beliau mempercayai masih berlakunya penerusan pintu nubuwwah. Manakala, (2) beliau menyisihkan sari Islam daripada pengaruh Arabisme dan ajarannya yang tulen. Dan, tentunya betapa tindakan ini sekaligus mendorong ke arah peminggiran ketetapan shari’ah seperti poligami, hudud, dll. Kemudiannya, (3) beliau yakin bahawa manusia sebenarnya boleh menjadi baik tanpa memiliki agama.

Sementara (4) orang yang bijaksana sebetulnya tidak memerlukan lagi dukungan Al-Qur’an dalam membantu merumuskan mana-mana keputusan kehidupannya. Dan, ini juga sekaligus membawa pengertian bahawa akal itu lebih tinggi dari Al-Qur’an. Manakala, (5) Abdul Moqsith Ghazali menolak kesepakatan ijma’ dan mempersoalkan jumhur al-ulama’.

Saya yakin dan percaya, daripada empat rumusan terakhir yang diungkapkan oleh Abdul Moqsith Ghazali ini sebenarnya merupakan ciri-ciri lazim yang terbentuk dalam rasionaliti fikiran Jaringan Islam liberal (JIL). Jadi, butiran tersebut bukanlah suatu kejanggalan yang terdapat dalam ide semasanya. Namun, yang pertamanya – menolak pengakhiran nubuwwah – bagi saya, benar-benar sesuatu yang mengugat.

Dengan dakwaan ini, tentunya bermakna jendela wahyu masih lagi terbentang sampai kini. Walaubagaimanapun, pada Abdul Moqsith Ghazali, ia tidaklah membawa makna kepada pembentukan pemerintahan teokratik oleh sosok seorang nabi. Sebaliknya, ia mewajahkan seorang nabi yang sangat demokratik dan mengagih-agihkan kuasa yang dimilikinya.

Apapun, jangan ketinggalan, masih terdapat dua lagi daripada baki dalam siri wawancara tersebut – yang masing-masing sarat dengan gegerannya yang tersendiri. Harap-harap ada yang sudi menanti dengan penuh kesabaran di bilek Ummahonline.com.

5 comments:

Anonymous said...

Rasanya macam doktrin Ahmadiah yang telah lama terkeluar dari ajaran Islam. Inilah bahayanya akal tanpa dirangka dari Al Quran dan hadis, terimakasih ummah online kerna memaparkan fikiran sebenar JIL.

Aqil Fithri said...

salaam~

jika wawancara dalam Ummahonline.com itu tidak dapat ditembusi ekoran masalah teknikal, sila semak di capaian ini pula:-

http://www.tranungkite.net/v3/modules.php?name=News&file=article&sid=1392

Amin Ahmad said...

Saya menanti penuh sabar.

Aqil,

Saya kira satu lagi masalah umat Islam ialah cubaan mengkotakkan aliran fikiran.

Jika begini, begini - ia aliran PAS atau tradisional, konservatif

Jika begini, begini - ia aliran ABIM tradisional, moderate..

Jika begini, begini - ia JIL keluar langsung dari Islam..

Mungkin asas awal Prof Osman Bakar untuk menolak label penting difahami. Saya kira orang kita tinggi emosi, sampai bicara jadi kaku..hingga kadang2 kawan2 yg membuka diri mendengar idea JIL lebih senang melayan sahaja tohmahan terhadap aliran liberal dengan mengusik lebih serius (hingga kadang2 kita mendengarnya bunyi seakan 'telah murtad' - entah kena atau tidak bahasa ini -)

Anonymous said...

Setiap aliran itu ada pandangan asal yang mengundang kearah aliran tersebut, jadi penting juga kita mengenal apa asalnya, samaada ditangga yang tidak bertentangan dengan Islam atau sebaliknya. Samaada mempertahankan Islam, atau jalan keluar dari Islam. Saya rasa, Mufti-Mufti dan pejabat agama diMalaysia harus mengenal pasti sesuatu aliran itu dan bertindak pantas bila pasti sesuatu aliran itu benar-benar bercanggah dengan ajaran Islam. Hari ini,kita sedih hati bila lihat masjid-masjid kosong dan bukan setakat itu, malah ada yang keluar dari Islam.

Anonymous said...

Wahai muslimin, mukminin, muhsinin dan muqarabbin.

Marilah kita bersama-sama berpimpin tangan memerangi habis-habisan Jaringan Islam Liberal, kerana darah mereka halal.