www.flickr.com

Tuesday, January 16, 2007

Bengkel ASASI

ASASI, ramai pemikir-pemikir pinggiran bilang ia seperti, "hidup segan, mati tak mahu!" Namun, dalam diam-diamnya, akronim bagi Akademi Sains Islam Malaysia ini masih juga sempat mengatur aktiviti terbarunya pada 9-10 Februari 2007 nanti.

Bengkel PengIslaman dan Pemperibumian Sains dan Teknologi itu nanti akan diadakan di UKM dengan menampilkan lima pembentang. (1) Prof. Dato Dr. Baharuddin Yatim menerusi kertas Sejarah dan Falsafah Sains Dalam Kebudayaan Barat dan Tamadun Islam, (2) Prof. Dr. Shaharir Mohammad Zain menerusi kertas Beberapa Judul Dalam Fizik Matematik: Perspektif Acuan Sendiri, (3) Prof. Dr. Wan Ramli Wan Daud menerusi kertas Teknologi Islam dan Melayu, (4) Prof. Madya Dr. Adi Setia Mohd Dom menerusi kertas Kaedah PengIslaman Ilmu Tajaan Sarjana-Sarjana Muslim, dan terakhir (5) Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir menerusi kertas Sains Matematik Dalam Kebudayaan Melayu.

Diberitakan program ini besifat khusus dan tertutup. Kononnya untuk mengawal mutu. Namun, kalau anda betul-betul berminat untuk turut sama menyertai, saya fikir bolehlah berbincang dengan Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir selaku Setiausaha Agung ASASI. Manakala yuran penyertaan, RM 50 (pelajar), sementara RM100 (selain pelajar).

No comments: