Tahun ini cukuplah 30 tahun 'kembalinya' Ali Shari'ati. Justeru, sempena menyambut ketibaan detik ini, Ummahonline.com sudah menyusun wawancara istimewa sebagai mengenang sumbangan pemikirannya. Dan, Ekky Malaky --tetamu dari seberang yang pernah mempertahankan tesis sarjana Etika Menurut Pemikiran Ali Shari'ati di Universiti Indonesia-- sudah pun menyatakan persetujuannya untuk meruangkan waktu bagi menanggapi pertanyaan seputar sang rausyanfikr itu. Terima kaseh Ekky!
Namun, masih ada beberapa wawancara maya lagi yang harus disiapkan. Pertama, bersama Saari Sungib --atau nama sapaan mesranya, Pak Abu-- yang bersedia menjawab tentang tema gerakan Islam dan idealisme. Manakala kedua, bersama Mustaqeem Mahmoud Radhi, yang tidak keberatan menangani soalan-soalan berkenaan pluralisme agama. Sementara, terakhir bersama Amir Sari, dari Angkatan Muda Keadilan yang sanggup berdepan serta menerobos analisa yang melingkari politik anak muda dalam parti tersebut.
Justeru, jika anda turut punya soalan-soalan yang menawan buat mereka, sudi-sudikanlah untuk berkongsi dengan Ummahonline.com. Jangan ragu untuk tinggalkan dalam ruangan ulasan di bawah. Insha'allah, soalan-soalan tersebut akan kami majukan dengan meriahnya. Sungguh! Selamanya warna-warni dimensi takkan pernah bertemu dalam lingkungan sepihak semata-mata. Apatah lagi, wawancara ini akhirnya akan terlimpah jua secara kolektif buat khalayak ilmu! Tidak begitu? :-)
Friday, January 12, 2007
Wawancara, Soalannya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment