www.flickr.com

Friday, March 16, 2007

Tentang Myelin

Terdapat dua jenis myelin. Pertama, myelin yang wujud secara tabii dalam sistem biologi manusia. Myelin yang mengadungi pelbagai protein dan lipid ini terdapat pada bahagian saraf otak manusia. Di samping itu, myelin ini turut terdiri daripada membran multilamelar menerusi beberapa dwilapisan yang membaluti saraf akson, selain menjadi asas kepada pengaliran isyarat.

Namun, terdapat satu lagi jenis myelin. Menerusi pencerapan di bawah mikroskop optik, myelin daripada jenis hablur cecair ini terhasil ekoran kehadiran surfaktan. Manakala dalam gambar di atas merupakan rakaman myelin yang dicerap menerusi lamellar daripada sistem sukrosa ester (1570)-dekanol-air.

Tetapi, apa faedahnya penyelidikan tentang myelin ini? Dan, mengapakah tidak semua lamellar dapat menghasilkan myelin?

No comments: