- Kisah yang dikutip menerusi Tafsir Al-Amtsal, sebuah kitab tafsir menarik dari nukilan Syeikh Nashir Makarim Syirazi.
Lalu Imam Ali mengira. Dalam kiraan 17 ekor, orang yang pertama seharusnya menerima 8.50 ekor, manakala orang kedua seharusnya menerima 5.66 ekor, sementara orang ketiga pula seharusnya menerima 1.88 ekor.
Setelah menerima permintaan mereka dan menganggarkan nilai pecahan tersebut, Imam Ali berkata, "adakah kalian bersetuju bila aku menambahkan seekor lagi unta dari milikku dalam jumlah unta-unta kalian, sebelum aku membahagikannya?"
"Ya, kami sangat-sangat senang dengan cadangan itu," kata mereka bertiga. "Nah, sekarang jumlah unta-unta untuk dibahagikan sudah menjadi 18 ekor," tegas Imam Ali. "Jadi, dalam kiraan 18 ekor pula, orang yang pertama kini diberikan 9 ekor, manakala orang kedua diberikan 6 ekor, sementara orang ketiga pula diberikan 2 ekor", cadang Imam Ali.
Akhirnya, sekarang unta-unta yang sudah dibahagikan berjumlah 17 ekor. Lalu, baki seekor lagi unta kemudiannya diambil kembali oleh Imam Ali.
2 comments:
hebat sungguh Ali..!
Aqil, saya utarakan permasalahan pecahan ini kepada rakan-rakan kuliah dan rata-rata berkerut juga mereka memikirkan solusinya..hehe!
Post a Comment