www.flickr.com

Thursday, March 1, 2007

Sapere Aude!

Ali Abi Thalib adalah anak yang berumur sekitar sembilan tahun. Pada suatu malam, di rumah Nabi, dia memasuki kamar ibu dan ayahnya; Muhammad dan Khadijah! Dia melihat mereka sujud di lantai, kemudian duduk seketika dan seterusnya bangun serta mengucapkan sesuatu di bibir mereka. Semua ini dilakukan secara bersama. Tidak siapapun yang melihatnya. Dia menjadi hairan. Akhirnya, dia bertanya, "Apakah yang sedang kalian lakukan?"

Nabi menjawab, "Kami sedang mengerjakan solat. Aku sudah diutuskan sebagai Rasulullah untuk menyebar agama Islam dan menyeru manusia menyembah Allah yang Esa dan menyambut seruanku. Ali, aku mengajakmu juga untuk menyembahNya."

Ali, yang masih baru berusia beberapa tahun mengenal dunia, dan meskipun tinggal dengan keluarga Nabi Muhammad serta terhutang budi dengan kebaikan dan keagungan Nabi, tetapi dia tetap Ali! Dia tidak menjawab ’ya’ tanpa berfikir. Iman pasti menyelinap menerusi kebijaksaannya dan bertapak di hatinya. Pada masa yang sama, lidahnya mengeluarkan kata-kata yang sesuai dengan umur dan pengalamannya, "Benarkan saya berbicara dengan ayah saya, Abu Thalib, dan kemudian, saya akan membuat keputusan."

Sebentar kemudian, dia berlari ke biliknya untuk tidur. Tetapi, ajakan yang disuarakan tadi bukanlah sebarang undangan biasa, walaupun umurnya baru sekitar sembilan tahun. Dia tidak dapat tidur dan terus berfikir sehingga awal pagi.

Tiada siapa yang mengetahui, apakah kesan kata-kata pada malam itu mempengaruhi fikiran si anak kecil ini. Tetapi, pada waktu pagi keesokkannya, mereka (Muhammad dan Khadijah) mendengar jejak kaki Ali. Perlahan tapi pasti. Langkah itu berhenti di sebalik pintu kamar Nabi dan dengan suara yang merdu, penuh kelembutan dan ketabahan, Ali berkata, "Semalam, saya berfikir sendirian, Allah yang menciptakan saya tidak pernah meminta nasihat Abu Thalib terlebih dahulu. Jadi, kenapakah saya perlu mendapat pandangan ayah saya untuk menyembahNya. Ceritakan kepada saya tentang Islam."

1 comment:

Anonymous said...

kisah yang luar biasa....