www.flickr.com

Wednesday, May 16, 2007

Kepada Ehsan

  • Saya sentiasa ingat suatu kata-kata, “dalam tulisan yang dinilai bukan panjangnya, tetapi isinya. Dan, begitulah juga dengan kehidupan.” Sekali lagi, kata-kata ini kembali bergema saat membaca sepucuk surat dari seorang shahid muda. Inilah juga surat terakhir Ali Shari’ati buat putranya, Ehsan Shari'ati. Benar, mereka yang pernah membaca buku An Islamic Utopian: A Political Biography of Ali Shariati, tentunya dapat menjiwai kesengsaraan seperti yang pernah didekami Shari’ati pada tahun-tahun terakhir kehidupannya. Kehidupan Shari’ati: sebentar, tapi bermakna!

Setiap hari, aku tidak tahu apa yang disembunyikan untukku. Tanggungjawab apa yang telah ditakdirkan ke atasku dalam menjalankan misi mulia risalah Allah ini. Walau bagaimanapun, aku yakin bahawa aku memiliki tanggungjawab yang belum selesai disempurnakan. Kalau tidak, bagaimana aku masih tetap hidup, walhal seharusnya tulang-tulangku telah hancur tujuh kali.

Aku memuji Allah kerana aku dapat mengalami semua ujian dan penderitaan yang datang dengan silih berganti. Tubuhku masih kuat, namun kulit tebal apakah yang menyelimuti tubuh ini? Sebahagian dari ahli psikologi menyatakan, “satu generasi tidak akan bertahan untuk menerima kekalahan melebihi satu dari kekalahan.” Namun, lihatlah aku yang telah mengalami enam atau tujuh kali kekalahan.

Memang, kekalahan ataupun kemenangan, apa bezanya buat kita? Mungkin kemenangan dan kekalahan adalah ukuran yang penting bagi atlit, politikus dan orang-orang yang suka bertarung. Sebaliknya, bagi kita, yang terpenting adalah menunaikan tanggungjawab risalah Allah dalam segala keadaan, serta menghadapi segala kemungkinan yang terjadi. Ketika kita menang, kita berharap agar dapat dilindungi dari segala keangkuhan serta penindasan kepada orang lain. Manakala jika kalah, kita berharap agar Allah menjaga kita dari segala kehinaan serta sikap menyerah diri.

Berjuang: demi sebuah hakikat, demi kebebasan dan demi kebahagian manusia. Dan, keikhlasanku dalam perjuangan ini semuanya aku lakukan demi bangsaku, agar aku dapat meringankan jeritan yang selalu ada dalam diriku. Bahkan, aku sendiri sampaikan tidak dapat menjadi seorang ayah dan suami yang baik.

Kadang-kadang aku merasa gelisah. Aku takut kekuasaan akan menindas anak-anakku dan ayahku yang sudah tua. Namun begitu, apapun yang terjadi, aku yakin bahawa aku sudah berjalan di atas jalan Allah. Sewaktu seseorang menentukan suatu jalan yang ingin ditempuhinya, maka ia juga harus bersedia dengan segala kemungkinannya. Ia harus berjalan sampailah pada noktah terakhir.

Ehsan, hadapkanlah wajahmu untuk agama yang suci. Semua yang kita lakukan ini memerlukan kekuatan iman dan nafas panjang serta kesabaran dalam menanggung semua penderitaan. Ya Allah, berikanlah kami kekuatan sesuai dengan langkah kami!

12 comments:

Fitri Ezwan said...

salam akhi..
jazakallah... =)

Aqil Fithri said...

salaam kembali akhi,

bila mau kembali bercuti ke tanahair? :-)

blog ini dah lama bercuti. jadi, ingatkan dah takda orang yang nak tinggalkan ulasan dah... hehehe

Anonymous said...

Aqil, ada orang berkata: "perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata"!

Tetapi engkau & aku tentu tertanya-tanya: kata-kata manakah yang mahu dilaksanakan?

Dan ... pelaksanaan manakah pula yang mahu dikata-katakan! hehehe

Anonymous said...

yay yay..

aqil pon dah kemas kini blog..

yay yay..

Aqil Fithri said...

salaam,

benar Fathi, kata-kata Rendra itu masih mengkal lagi. Belum ranum!

teman saya pernah mendapatkan tandatangan Hishamuddin Rais (Isham) pada bukunya. tercatat di lembaran itu: buatlah apa yang baik!

memang, meskipun kata-kata Isham itu relatif sifatnya, tapi ia adalah sebuah kalimat sangat jujur sekali.

menerusi kalimat itu ternyata ia bisa difahami menurut bahasa akal masing-masing. mudahnya, laksanakan saja apa yang baik! hahaha

Aqil Fithri said...

salaam,

yalderin, terima kaseh kerana lekas ke sini setelah dikemaskini, hahaha. eh, apa pautan blog enta? enta ada blog, kan? :-)

Anonymous said...

salaam..

hehehe... blog ana dah shut down, buat sementara..
nanti bila dah mula balik ana maklumkan..

=)

Anonymous said...

Bestnya nasihat Ali Shari'ati ni. Dalam dan sangat benar.

Anonymous said...

Saya pon malas lah nak menghentam Jalan Telawi dengan menyingkap setiap isu satu per satu - takda niat macam tu. Perbincangan utama ialah masalah free thinker dekat Malaysia yang semakin berkembang (sungguh merisaukan). KsJT pulak sokong orang-orang macam Dr Farish A Noor, apa lagi nak dikata. Itu sahajalah hendak dicakapkan. Kalau 'anonymous' sebahagian drpd gerakan free thinker, maka mmg lah saya musuh anda.

http://al-azel.blogspot.com/

Najwan Halimi said...

Aqil, ini link:

http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=12644#323017

Aqil Fithri said...

salaam,

terima kaseh Najwan. orang politik sering bilang, bila kita disebut2, itu maknanya kerja2 kita berkesan.

tapi saya agak malu menerima menerima penghormatan dari mereka, kerana saya tahu bahawa usaha saya sebenarnya masih belum memadai. hehehe

Dr Dre said...

hahahhahahhah....tapi its ok bro..at least penulisan kita ada respon...hahahha..ana kene senarai atas sekali bro..hahaha