www.flickr.com

Friday, April 20, 2007

Rehat Sebentar

Salaam,

Hati saya ingin sekali terus menulis dalam blog ini; tanpa henti. Namun akal pula mengatakan saya harus menulis hal yang lebih utama dahulu; tetapkan fokus. Saya akur! Maka, dalam kekangan masa mutakhir ini, saya harus mengikut kata akal; berhenti sementara menulis blog, dan memberi tumpuan terhadap penulisan lain yang kian mendesak.

Maaf, sebenarnya saya tidak mahu merungut, tetapi dalam waktu yang sama saya juga tidak mahu membingungkan pembaca. Lesap! :-) Dan, kalau tiada aral, akan kembali pada pertengahan Mei 2007 nanti: iaitu saat bertemunya semula kata hati dan kata akal.

Wassalam.

4 comments:

zarul20 said...

ana akan merindui enta nanti...selama enta hilang dari laman maya ini... :-)

mki said...

Aqil,

Saya ucapkan selamat maju jaya dengan - saya fikir - penulisan tesis. Ia adalah proses terakhir yang sangat penting dalam pengajian pasca-siswazah.

Ketekunan dan disiplin akan membawa kejayaan. Dan berdoalah kepadaNya supaya dipermudahkan.

Aqil Fithri said...

salaam,

zarul, insha'alLah, saya akan cuba menulis kembali dalam waktu terdekat ini. tapi dah rehat lama2, rasa seperti sukarlah untuk mendapat rentak tulisan balek :-)

mki, wah, tampaknya anda bisa meneka dengan tepat. alhamdulilLah, semuanya sudah selesai dengan sempurna. juga terima kaseh atas nasihat-nasihat yang dikongsi :-)

Cindai said...

Assalamualikum..
Merujuk kepada persoalan anda..

aqil fithri...

Tulisan di blog zana tu bukan karya asli zana tapi koleksi yang zana perolehi dari berbagai sumber ambillah mana yg bermanfaat boleh sama2 kita kongsi ...