www.flickr.com

Friday, July 6, 2007

Nota

Syarahan Kosmologi yang sepatutnya diadakan pada 28 Jun 2007 sebelum ini akan diadakan menurut maklumat di bawah. Terima kaseh Mundar Mandir atas kiriman maklumat.

Tajuk: Teori Deguman Besar dan Teori Alam Semesta Mengembang: Sebuah Sorotan Penilaian Baru Mengikut Perspektif Barat dan Islam

Oleh: Professor Dr. Shaharir Mohammad Zain
Masa: 2.30 - 5.00 Petang
Tarikh:12 Julai 2007 (Khamis)
Tempat: Bilek Seminar Siswazah, Blok B Bangunan Sains Nuklear, Fakulti Sains & Teknologi, UKM
Anjuran: Pusat Pengajian Fizik Gunaan (PPFG) & Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI)

Masuk Percuma!

5 comments:

Anonymous said...

Aqil, seperti telah aku SMS semalam. Berikut reaksi awal aku pada seorang pembaca blog aku, isu "Doktor: Apa itu Pencerahan?":

>>> Harap kawan2 yang belajar aliran sains seperti kau, Najwan, aku, Firdaus tolong menterjemahkan & menghuraikan esei Alfred Tauber tersebut (atau jika ada, esei lain yang lebih bermutu & pendek).

Entahlah Aria Pertama, aku tidak menduga pengarang esei (ucapan) ini bermaksudkan kata-kata Kant dalam "Apa itu Pencerahan?".

Aku fikir ungkapan Kant di sini tidaklah penting atau central kepada persoalan kita.

Esei ahli falsafah dari Boston University ini cuba mengulas dilema/ketegangan antara dakwaan agama (Kristian) dengan sains dalam isu "Reka Bentuk Pintar" dengan biologi evolusi Darwinisme.

Lalu, Alfred Tauber, mencari asal-usul persolan ini pada Era Pencerahan, khususnya idea Kant tentang "akal asli" (pure reason) dengan "akal amali" (practical reason).

Tauber juga mengulas kerisauan yang ditimbulkan oleh C.P. Snow -- tentang pengasingan, kerenggangan, dan saling kebutaan (mutual ignorance) antara dua cabang keilmuan yang pokok, yakni [1] sains (dan semua cabang ilmunya) dengan [2] ilmu kemanusiaan dan sastera-seni.

Muzik termasuk dalam cabang ke [2], kejahilan orang muzik tentang debat sains, asas filsafat yang melatari sains, teori-teori asas/pokok tentang sains sama juga (saya perhatikan) kedunguan orang sains terhadap muzik, sastera, seni halus, filsafat dan sains sosial/kemanusiaan (sosiologi dan sebagainya).

Sistem pendidikan moden kita -- kononnya warisan Barat -- tidak sedar wujudnya kritik panjang/serius yang dibawa oleh C.P. Snow kira-kira 50 tahun lepas lagi.

Kritikan yang dibawa oleh, kemudiannya, Thomas S. Kuhn dan juga M. Polanyi -- kedua-duanya cuba menunjukkan mazhab positivisme dan aliran saintisme itu bermasalah dan tambah memburukkan tamadun Barat, khususnya dalam bidang keilmuan, termasuk sains moden.

Kritikan ini tidak difahami orang di negara kita. Tidak difahami di kalangan penggiat agama, oleh ahli akademik sendiri, oleh aktivis politik, oleh orang seni dan orang sastera.

Hanya segelintir manusia terpilih sahaja memahami pokok persoalan ini. Maka, saya membawa artikel pendek ini (20 halaman) untuk bacaan asas kita bersama.

Daripada idea Kant, tentang "akal asli" dengan "akal amali" itulah yang seharusnya membina masyarakat terbuka dan jamak untuk memastikan hujah agama & hujah sains saling sokong-menyokong, saling perlu-memerlukan, dan dapat pula saling meraikan kepelbagaian/perbezaan.

Tauber mengulas persoalan ini dalam sikap Pencerahan dan dalam budaya liberal-humanis, yang baginya, model terbaik berdepan dengan persoalan rumit debat/dakwaan agama tentang "Reka Bentuk Pintar" dan teori evolusi Darwinisme.

Saya cadangkan semua pembaca menelaah perlahan-lahan teks ini.

Anonymous said...

AsSalamu'alaykum. Kepada insan yg mencari ilmu pencerahan dari aliran mana sekalipun insan tersebut dan sebesar mana sekalipun gagasan insan ini, saya syorkan kepada insan2 ini membaca karya2 Arifbillah Ibnu Arabi (qudd) atau di Alam Melayu karya2 Arifbillah Hamzah Fansuri (qudd) dan pengikut beliau Shamsuddin Sumaterai (Makam beliau berada di Kg Kelik, Melaka). Insha'Allah,insan2 ini akan dapay mengenal apa itu Pencerahan. Salawat !

Aqil Fithri said...

salaam,

pas14bintang, nama2 yang sdr sebut merupakan nama2 yang baik pada mata saya. mereka memang antara manusia yang mencerahkan.

tetapi saya tertanya2 juga, mengapakah anda tidak melampirkan sekali nama mulla sadra?

Anonymous said...

AsSalamu'alykum. Sdr Aqil.
Bukan nama2 mereka sahaja baik malah yg lebih dari itu ilmu yg ditinggalkan dan kita dpt menghadam kannya. Pencerahan yg dibawa k dapat kita mengenal Rabb dan dpt bertaqarub dengan Allah al-Mutakabbir.
Mengenai Mulla Sadra (qudd)makamnya terlalu tinggi. Saya hanya dapat mengenali tokoh ini, itu pun secara intro melalui tulisan Prof Sayyed Hossein Nasr. Insha'Allah jika ada kesempatan dapat ziyarah kubur beliau pun sudah memadai. Tapi kuburnya di mana? kalau dpt Sdr Aqil pastikan kubur beliau. Saya ini kalau dpt ziyarah makam2 awliya Allah pun dah memadai.

Anonymous said...

Sdr Aqil, seorang kenalan saya d Shah Alam, yg banyak membuat penelitian ttg Dunia Parsi menyatakn ttg Mulla Sadra (qudd) seperti berikut:
Seorang ahli suluk dan ahli hikmah seperti Mulla Sadra tidak akan pernah puas dengan satu tingkat makna tertentu dari al-Qur’an. Dia senantiasa mencuba-menyingkap tingkat-tingkat tertinggi dan menyelami lapisan-lapisan terdalam yang dikandungnya. Setiap kali menaiki tingkat yang lebih tinggi atau menyelami lapisan yang lebih dalam, dia menemukan apa yang diistilahkan sebagai “rahsia”. Rahsia-rahsia itu dia temui dengan upaya intelektual dan disiplin atau latihan kekalbuan (riyâdhah qalbiyyah) yang serius dan melelahkan. Rahsia-rahsia itu juga hanya boleh ditemui apabila terjadi jalinan yang erat antara manusia dan al-Qur’an, sehingga pintu-pintu ghaib terbuka luas baginya. Salawat!