Dalam kitab Iqbal, tercatat bagaimana Imam Ali al-Redha yang mengungkapkan kembali dialog antara Nabi Muhammad saw dengan insan yang dihargainya, Imam Ali bin Abi Thalib.
Kata al-Redha, pernah Imam Ali bertanya, “Ya Rasulullah, amalan apakah yang terbaik pada bulan Ramadhan ini?” Rasulullah saw membalas, “Wahai Abul Hassan, amalan yang paling afdal dalam bulan ini adalah berbuat saleh dan menjauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Allah swt.”
Kemudian, tiba-tiba Rasulullah saw menangis. Melihat keadaan itu, lalu Imam Ali bertanya, ”Wahai Rasulullah, apa yang membuatmu menangis?” Setelah itu Rasulullah saw menjawab, ”Wahai Ali, yang membuatku menangis adalah apa yang kelak menimpamu dalam bulan ini. Ketika engkau sedang melaksanakan solat, berbicara langsung dengan Tuhanmu, maka orang yang paling celaka akan menebasmu dengan pedangnya, dan waktu itu janggutmu merah kerana percikan darahmu sendiri.”
Tanpa rasa gementar, Imam Ali bertanya lagi, ’Wahai Rasulullah, apakah agamaku selamat pada hari itu?” Balas Rasulullah saw, ”Ya, keimananmu selamat!”
5 comments:
salaam!
salaam ramadan!
salaam! salam ramadan!
salaam!
apa khabar? gimana ramadanmu di sana? :-)
khabar baek sahabat!
ramadan di sini penuh pengisian!
ramadanmu gmana deh?
awat hang tak ada entri baru? dah berlepas ke angkasa kah? ;)
Post a Comment