www.flickr.com

Saturday, September 13, 2008

Bungkam

Tiada beza
Komiteh dan Kemunting
di mana dua kehendak bertemu
ruh dan lumpur

Tiada beza
Komiteh dan Kemunting
di mana dua suara bertarung
tertindas dan penindas

Dan lagi,
Komiteh dan Kemunting maseh sama
bila dua manusia memutuskan
Habil dan Qabil

Akhirnya,
pergilah Habil dengan buruannya
dan pulanglah Qabil dengan taniannya

Maka, bermuaralah dua kelas,
hari memamah hari
hingga ke akhirnya...

Komiteh dan Kemunting tetaplah sama
selamanya
selagi ada dua kata
keadilan dan kezaliman!

1 comment:

Syeikhryz Ibnu Al-Haymdan said...

salam aqhil..great poem..well done.i likes it!..