16, kalau menurut Annemarie Schimmel dalam The Mystery of Numbers, adalah angka keutuhan.
16 juga, di bulan September ini, kalau menurut cibiran Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, adalah tarikh akhir bagi status quo politik negara ditamatkan.
Angka-angka ini sememangnya mempersonakan, sampaikan Pitagoras percaya bahawa tatanan alam ini segalanya tersusun dalam bahasa matematik. Bahkan, P.A.M Dirac sendiri turut membenarkan, “jika di sana ada ‘Tuhan’, maka ‘Tuhan’ tersebut mestilah matematikus maha hebat.”
Tapi, sejauh manapun tarikan angka-angka objektif yang diwar-warkan ini, termasuk oleh Anwar Ibrahim sekalipun, dilihat tiada satupun yang cuba mengimbangi persoalan subjektif yang lain: kewajaran.
Wajar, adalah ungkapan yang sarat dengan aneka persoalan subjektif: etika, rasional, keperluan, nilai, dll. Sudah banyak kalangan yang menegaskan, “bahawa perubahan kuasa politik negara bukan menerusi pilihanraya adalah tindakan yang mencemar semangat etika.”
Malah, aspirasi masyarakat madani, terjemahan bagi masyarakat sivil yang diperkenalkan Anwar Ibrahim sendiri, sememangnya amat mendukung kehendak perubahan yang bermula dari akar umbi, dari dasar rakyat, bukannya dari kehendak elit politikus.
Sisi keremangan inilah barangkali tidak ramai yang memikirkannya. Tapi, yang sering kedengaran adalah seperti sebelumnya: bermain atas nama etika semata-mata, kemudiannya tanpa iringan wacana. Kosong. Mustafa Ali barangkali adalah antara monumen PAS terakhir yang gemar bermain di sebalek kelunakan kata etika, dan kata bangsa! Tapi, di mana wacananya?
Mungkin hampir tidak pernah ada yang membahaskan ketidakwajaran 16 September atas hujah ianya bukan hadhir dari tekad gerakan tulen angkatan rakyat. “…keputusan politik yang besar sebegini harus dipulangkan kepada rakyat, dan sudah menjadi hak rakyat untuk memutuskan kembali kewajaran perubahan tersebut” kata salah seorang dari anak-anak muda Diskopi.
Ditambah lagi, “…bukan kita menolak untuk meruntuhkan berhala BN/Umno yang cukup rakus itu, tapi apakah kita sanggup mengorbankan nilai-nilai kita demi sebuah Machiavellian politikus tertinggi?,” sampuk seorang lagi anak muda dalam perkumpulan tersebut.
Malah, katanya lagi, “...perubahan yang datang dari atas adalah tanda kepada kegagalan kita dalam melahirkan sebuah gerakan massa kritikal.”
Memang benar, rakyat takkan berkembang, selagi mana nasibnya ditentukan oleh kuasa politikus tertinggi. Malahan, itu hanya bererti mundur. Sebab itu, apabila ada tekanan dari atas, rakyat seperti ini tidak siap untuk berdepan, kerana sendi-sendi masyarakat bawahan belum mengakar dan belum disemai!
“…apa, kita fikir kerajaan mudah untuk melepaskan kuasa mereka yang sudah berstruktur itu?,” pancing seorang lagi anak muda Diskopi tersebut sambil cuba menghuraikan teori Vilfredo Pareto dalam Mind and Society—menyentuh soal pendauran kuasa di kalangan elit politikus yang memerintah.
Masing-masing cuba berhujah, dan cuba mengimbas sejarah, bahawa antara kegagalan reformasi 1998 ialah kerana kita terlalu memikirkan soal objektif sampai menenggelamkan soal subjektif.
Sebab itu, kata antara mereka, kita harus menyemak semula “teori gerakan”, di mana keobjektifan kegawatan ekonomi, kekacauan politik, ketidakstabilan sosial, dll itu semua telah menimbus ketidak-kesediaan masyarakat dasar untuk bangkit mendukung sebarang subjektiviti perubahan!
Nah, kini dalam menanti 16 September, detik yang sama tampak berligar kembali. Alam, mikro dan makro, serta segala isinya—termasuk politik—tidak henti-henti berpusaran. Dan, ternyata, betapa idea William Kornhauser, pengarang Politics of Mass Society tersebut, kian terabai.
Apapun, tak mengapa. Mungkin maseh ada juga percaturan lain, meskipun atas racikan yang kental dialektiknya—persimpangan antara idealisme dengan realisme, antara pragmatik dengan prinsip, dll.
Cukup satu tema pertanyaan saja, jika peluang—16 September—ini tidak disentap sekarang, maka apakah kita (rakyat) boleh mengharapkan masyarakat madani tumbuh-mekar-subur dalam persekitaran yang penuh penindasan? Nah, mana yang sepatutnya hadhir dulu, tuntutan masyarakat madani atau keperluan kepimpinan madani?
Dan, apakah angka setelah 16 hari kita di perjamuan Tuhan ini memberi penentuan pilihan dalam rangka untuk sama-sama membina sebuah masyarakat madani? Atau, hanyalah sebuah “harapan” sepertimana Corazon Aquino pernah menanam tebu di bibir?
Itu pertimbangan yang tidak mustahil, kerana barangkali akhirnya masing-masing politikus kembali menyorok di sebalek frasa berkuasa, “politik itu adalah harapan,” bukannya “pelaksanaan kata-kata!” Klise lagi!
Friday, September 12, 2008
16
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Bro Aqil, nape xajak ada diskusi.hehe.
aneh..
jika kita menolak gerakan dari atas, ia adalah simbol kerajaan minima yang memusatkan gerakan tanpa kawal atur pemerintah yang besar.
:)
masyarakat madani jika mahu dipaksa dari sudut pandang sosialis dan libertarian mempunyai sisi berbeza..
dan anwar ibrahim tetap mempunyai sisi lain :)
budaya!
amin budiman,
saya fikir sukar utk kita menolak kepentingan perubahan yang bermula dari dasar.
tapi, isu 16 september agak sedikit unik, dan hujah utk menolak 'rampasan kuasa' barangkali harus disisihkan dahulu.
sebab, kuasa yang diangkat sekarang juga merupakan kuasa yang tidak beretika, yang dipunggah dari penindasan suara rakyat, yang menafikan byk keadilan umum.
itu memang umum mengetahui.
jadi, pertarungan sekarang bukan soal etika lagi. tapi, soal siapa yang mampu menawarkan kepada rakyat sesuatu yg lebih baik.
umno/bn setelah ditawarkan peluang itu, terbukti gagal telak! jadi, pilihan yang ada--adalah perubahan!
walau apa pun aku masih percaya bahawa kekuatan rakyat harus dibina dari sekarang. tidak boleh tidak. sehingga kini kita masih teruja dengan harapan yang ditabur oleh pelakon politik. bagi aku tiada istilah yang baik atau yang jahat dalam politik kerna pada akhirnya malaikat pun boleh menjelma menjadi setan jika diberi kuasa (iron law of oligarky)! dari itu persetankan saja 16 hari bulan ini,kita bina kembali daulat rakyat! hidup diskopi..
insyaAllah kekuatan rakyat telah dibina lama, dan semakin intensif sejak 2 Sept 1998.
hanya saja kerana isu dulu dan kini berbeza, dulu mungkin ada yg x pernah berfikir tentang kerumitan hari ini..tapi kini kita teruji :) dan akan ada lagi.
Post a Comment