www.flickr.com

Monday, October 6, 2008

Kesturi

Eid ul Fithri baru usai. Dan, takwin baru para suluk telahpun bermula.

Apa kata kita mulakan takwin baru kita ini dengan membaca tulisan berat/separa berat di Kesturi. Jika berminat, silalah berkunjung ke halaman yang dibangunkan oleh Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) tersebut. Di sana juga anda dapat memuat turun jurnal Kesturi selama tiga tahun (2004, 2005, 2006) secara percuma. Malah, bab pertama buku terbaru Shaharir Mohamad Zain (Dr)--Pembinaan Semula Teori Kepimpinan dan Kepengurusan Rumpun Melayu--turut terpapar di sana. Boleh semak dalam kiriman, "Siapa Melayu?". Di samping itu, pendaftaran untuk Bengkel Pengislaman Ilmu (II) yang akan diadakan pada 18 Oktober 2008 maseh ada sedikit kekosongan lagi. Mahasiswa UPM terutamanya--dan universiti-universiti lain juga sebenarnya--adalah digalakkan mendaftar.

No comments: