Saya fikir tidak perlu mengulang kritikan pada orang-orang yang bebal. Itu seperti alu mencungkil duri! Bila telinga sudah naik ke kening, maka apa lagi yang mahu kita katakan?
Terus-terang, manusia semacam Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah beban nian kepada Malaysia. Ia, dari hari ke hari, membuatkan saya seperti ingin mencabut pertiwi dari 50 tahun sejarahnya.
Mungkin ada yang bertanya, apa masalahnya dengan Tun Dr. Mahathir?
Masalahnya ialah; ia menggunakan bahasa-bahasa tua, yang disolek dengan logik-progresif. Sedangkan, itu semua tampak sekali disusun hanya untuk melambungkan ego-sendiri, bukannya bersandar kekuatan hujah!
Elok baca sajalah kata-katanya yang mahu diulang sehingga menjadi benar, ¨Matematik, Sains dalam BI wajar diteruskan¨ (Utusan Melayu, 23 Nov 2008), dan di sini kita akan lihat betapa ´cerahnya´ wawasan wira dunia ketiga ini!
Tun Dr. Mahathir yang budiman, bila mahu menyanggah tulisan ini; Kritikan Terhadap Mahathir Dalam Isu PPSMI? Barangkali, jawapan-balas Tun nanti bisa ´mencerahkan´ lagi kami!
Tuesday, November 25, 2008
Bahasa-Bahasa Tua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment