www.flickr.com

Tuesday, November 18, 2008

Shi´ah

Di celah-celah kecaman pada belahan Shi´ah, ada semacam keakuran yang timbul. Intelektual, atau alam falsafah Shi´ah ternyata adalah lebih berkembang berbanding dengan belahan kita.

Inilah yang diakui oleh Ahmad Amin dalam Zhuhr al-Islam:

¨Falsafah lebih mirip dengan ajaran Shi´ah berbanding dengan Islam Sunni, dan kita menyaksikan kebenarannya menerusi kekuasaan Fathimiyyah [di Mesir] dan Buwaihi [di Iran]. Malahan pada kurun-kurun terakhir di Iran, sebuah negara Shi´ah, mereka telah mencurahkan perhatian pada falsafah berbanding dengan negara-negara Islam yang lain. Waktu ini kita mempunyai Jamal al-Din al-Asadabadi, yang memang cenderung Shi´ah dan telah mempelajari falsafah di Iran, lalu membentuk gerakan falsafah di Mesir sewaktunya di sana.¨

Bahkan, jika kita mengambil teks Ahmad Shalabi dalam History of Muslim Education sekalipun, tentu pandangan ini menjadi lebih kuat lagi.

Di satu aras, barangkali petikan di atas benar. Tapi, pada aras yang lain, pada ungkapan Ahmad Amin yang berikut, maseh boleh dibahaskan lagi. Kata Ahmad Amin lagi, alasan di sebalek kecenderungan Shi´ah terhadap falsafah adalah ekoran kegemaran mereka terhadap pendekatan takwil dan kekentalan mazhab mereka pada idea esoterik.

Memang, kalau ditanya pada Bertrand Russell, pandangan ini tentu sekali benar. Bacalah History of Western Philosophy untuk mengesahkannya.

Tapi, Russell amat naif tentang sejarah Islam. Begitu juga Ahmad Amin. Sebab, wujudnya Nahjul Balaghah boleh saja meruntuhkan alasan-alasan seumpama itu. Bukankah kitab ini meransang belahan Shiah, lalu memugar semangat wacana mereka, jauh lebih awal dari tradisi kita?

Jika kita menolak kitab ini, kerana ia kitab falsafah yang penuh takwil dan esoterik, maka mana mungkin Muhammad Abduh sanggup melepaskan dinding mazhabnya, lalu menebarkannya dalam belahan kita?

2 comments:

King said...

belahan?

sama maksud ngan groove x?

salam....

Aqil Fithri said...

salaam,
tak. ia sama dengan domain, atau wilayah.