Anak-anak Adam laksana anggota tubuh,
Sebab mereka tercipta dari tanah yang sama.
Jika satu bahagian diusik sengsara,
Yang lain akan turut menderita.
Justeru, engkau yang ingkar akan derita manusia,
Tidaklah layak bernama ¨manusia.¨--Saadi
Derita seorang filsuf tidaklah sama dengan derita seorang sufi. Begitu juga bahagia mereka.
Tapi, keduanya tetap sama saja dalam memandang. Masing-masing cuba mewakili kebenaran itu sebagai Kebenaran, meski tujuan mereka sama sekali berbeza.
Ini samalah beza antara kematian Sokrates dengan kematian al-Hallaj. Memang, keduanya mati, atau shahid, tapi paradigma pilihan kematiannya mereka berlainan. Sokrates pergi kerana Kebenaran-fiziknya, manakala al-Hallaj pergi kerana Kebenaran-metafiziknya.
Bagi seorang filsuf, tujuannya semata-mata untuk mengetahui Kebenaran. Sebaleknya, bagi seorang sufi, tujuannya pula adalah untuk meleburkan diri dalam Kebenaran. Sebab itu, derita keduanya adalah berbeza. Derita filsuf kerana pengetahuan (=diri), sementara derita sufi kerana persona (=Tuhan).
Namun, di antara keduanya--filsuf dan sufi ini--ada jalan yang lain. Jalan yang lebih indah.
Sebagai manusia yang tumbuh dalam tamadun-beragama, kita tidak mahu agama kita gemuk kerana falsafah, sepertimana juga kita tidak mahu agama kita kurus kerana sufi. Yang kita mahu adalah sebuah agama yang ideal, dan punya rasa membangkitkan. Dalam sejarah, agama ideal seperti ini hanyalah ada pada jalan kenabian.
Jalan kenabian adalah jalan yang dari bawah naik ke atas dan turun ke bawah kembali. Ia mengufuk dan menegak sekaligus. Inilah jalan dengan empat fasa, kalau menurut Mulla Sadra dalam al-Asfar al-Arbaah. Bila sang Nabi naik ke mikraj, ia pasti turun kembali.
Tapi, apakah sang filsuf dan sang sufi sanggup untuk turun kembali, setelah bertemu dengan Tuhan?
Sunday, January 25, 2009
Jalan Nabi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam,
Cukup "bisa" tulisan tuan kali ini.
terngiang ditelinga pakah sang filsuf dan sang sufi sanggup untuk turun kembali, setelah bertemu dengan Tuhan?
hmm?
Dalam teori sepatutnya begitu, sang sufi dan ahli falsafah harus turun kembali setelah bertemu tuhan-Nya. Rupanya setiap jalan ada jerangkap samarnya. Kita harus selalu mohon pertolongan Allah di setiap detik kehidupan.
Post a Comment