www.flickr.com

Sunday, January 25, 2009

Rayaneh

Bahasa itu sifatnya dinamik.

Salah satu ciri dinamika bahasa ialah keanjalan dalam pemilihan perwakilan kosakata. Bahasa yang kurang meminjam secara literal lazimnya adalah bahasa yang kuat. Farsi adalah salah satu bahasa besar dunia. Dalam soal merancang bahasa, bahasa tersebut tidak gemar meminjam-langsung.

Seorang teman saya pernah menuntut dua tahun di negara yang selalu dikaitkan--dalam buku-buku klasik--sebagai, ¨negeri burung bulbul dan bunga mawar.¨ Katanya, bahasa Mathnavi ini tidak memanggil komputer sebagai computer, sebaleknya rayaneh.

Tapi bahasa kita?

7 comments:

Mohd Isa Abd Razak said...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tulisan ini ringkas dan bermaklumat. Saya mendapat maklumat baharu yang menggerakkan lagi pemikiran saya.

Teruskan meneroka sesuatu yang baharu.

Wassalam.

Anonymous said...

Aneh, memang! Perkataan 'Rayaneh' inilah yang ingin aku kongsikan dengan anda ketika membaca masukkan 'Iran' pada 3 Januari lalu..

Ternyata mungkin anda bisa membaca pikiran aku, atau memang aku yang terlewat..

e.kesten said...

hi, apa benar saudara sudah sepenuhnya menyelidik bahawa bahasa parsi ini tidak lansung meminjam?

terima kasih

Aqil Fithri said...

@ mohd isa - terima kaseh.

@ pria langit - sepatutnya lelaki langit yang lebih kasyhaf :-)

@ elvedina - dari sudut bahasanya, ¨tidak meminjam-langsung¨ tidaklah sama maknanya dengan ¨tidak langsung meminjam.¨ malah, saya menambah perkataan tidak gemar pula.

Anonymous said...

tuan aqil,

saya dah baca "the hidden face of iran". memang dunia iran mengasyikan.

nizam
kk

Aqil Fithri said...

ya, iran memang ranah yang asyik, persona, indah, dan juga misteri. sebab itu subjek iranologi tidak putus-putus diperbahaskan.

e.kesten said...

heheh
maaf kerana tidak baca secara teliti