www.flickr.com

Sunday, March 15, 2009

Ereignis — Iain Thomson (1)

Ereignis: Bagaimana anda boleh berminat dalam falsafah Heidegger dan politiknya?

Iain Thomson: Saya maseh ingat sewaktu membaca tentang Thomas Jefferson di Sekolah Tinggi. Jafferson menulis dengan fasehnya tentang manusia yang memerlukan kebebasan, hinggakan tulisan ini menimbulkan rasa ghairah saya untuk terus membacanya. Namun, tiba-tiba saya tergamam apabila mendapat tahu bahawa Jafferson mempunyai hamba-hamba sahaya. Hal ini benar-benar menganggu fikiran saya. Walau bagaimanapun, saya tidak mempunyai sumber yang mencukupi untuk menyelidik sejauh mana benarnya maklumat ini. Jadi, saya membiarkan persoalan tersebut berlalu.

Setelah itu, apabila membaca Heidegger beberapa tahun kemudian, saya turut menempuh pengalaman yang kurang sama, tapi lebih merumitkan. Ketika membaca tentang Heidegger dalam tulisan menarik Hubert Dreyfus yang berjudul, ¨Later Heidegger,¨(himpunan dari kuliah di UC Berkeley) saya memperoleh pengalaman aneh ketika Emerson dipetik menyatakan bahawa idea kita sendiri akhirnya akan kembali kepada kita—dengan iringan ¨keterasingan yang menusuk.¨

Di sini, saya mula merasakan bahawa terdapat seseorang yang telah menerjemahkan idea-ideanya dengan baik sekali, sampai mengusik lubuk terdalam fikiran saya. Namun semua perasaan itu saya tidak pernah dapat artikulasikan dengan baik.

Lalu, saya meninjau dengan lebih rinci lagi melalui kritikan Heidegger terhadap parahnya nihilistik dewasa ini. Lantas, saya menjadi terinspirasi daripada wawasan Heidegger ini—umpamanya melalui satu lorong nihilisme yang amat bersejarah. Kemudian saya difahamkan Heidegger pernah bersengkongkol dengan Nazi. (saat ini saya terhimbau yang tulisan Dreyfus tidaklah begitu mengugah sehingga saya melepasi separuh semester.)

Akhirnya, saya mengalami gangguan fikiran sekali lagi. Tapi kali ini, saya tidak lagi membiarkan persoalan tersebut berlalu begitu saja. Persoalannya ialah: bagaimana seorang pemikir besar pada abad ke-20 mampu melontarkan pemikiran hebat di sebalek kezaliman regim Nazi? Inilah persoalan yang menjadi pergelutan saya dalam tempoh hampir dua abad ini. Mungkin persoalan ini tidaklah mengejutkan sekiranya saya merupakan seorang politikus, ataupun psikiatri forensik.

Sebab itu—dalam hal ini—saya percaya telah melakukan sesuatu yang bermakna untuk memahami kesulitan serta kontroversi Heidegger—menerusi buku ¨Heidegger on Ontotheology: Technology and the Politics of Education.¨ Justeru, saya berharap, dari buku yang sedang saya tulis pula sekarang, ¨An Intellectual Biography of Heidegger,¨ saya akan dapat menyebarkan wacana ini ke dalam bentuk yang lebih luas.

2 comments:

Rausyanfikir said...

Susah la nak baca Heidegger. Tak faham sangat. Prof Murad suruh bentang paper pasal falsafah teknologi untuk upcoming seminar ASASI di UTP. Ada tips tak Aqil?

Aqil Fithri said...

sdr, saya pun susah. tapi cara paling mudah, baca sumber sekunder dulu. kerja keraslah nampaknya ya.