www.flickr.com

Monday, April 27, 2009

Etnomatematik

Kalau menurut John Horgan, dalam The End of Science: Facing The Limits of Knowledge In The Twilight of The Scientific Age hayat sains sudah berakhir. Sains tak lagi membangunkan pengetahuan-pengetahuan baru. Tapi, tatkala hadhirnya etnomatematik, ternyata, maseh banyak lagi pengetahuan yang sedia dicungkil, lebih-lebih lagi jika kita menghubungkan bidang sains tabii dengan sains sosial. Etnomatematik adalah salah satu bidang yang bercirikan demikian. Bidang ini yang baru muncul pada 1970-an menerusi idea Ubiratan D'Ambrosio. Kini, menariknya, bidang ini sudah mula memasuki rumpun Melayu sepertimana yang disemarakkan menerusi gagasan Shaharir Mohamad Zain dan rakan-rakannya tentang Pemeribumian Melayu. Dalam wawancara bersama Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir ini, kita akan dapat menelusuri dengan lebih mendalam lagi tentang etnomatematik dan sejauh mana pengetahuannya yang maseh ada untuk ditelaah.

Baca wawancara lengkap: Mohammad Alinor Abdul Kadir: Etnomatematik Mencabar Eropusatisme.

No comments: