Ereignis: Ternyata, ontoteologi adalah paling sukar untuk anda fahami Heidegger. Malah sampai kini pun perkataan ontoteologi maseh lagi asing buat kita. Memang, sudah jelas bahawa perkataan ontoteologi ini pertama kali digunakan Kant. Tapi, saat itu perkataan itu digunakan untuk wacana itu terbatas di kalangan filsuf sehinggalah kepada zaman Aristotle. Apatah lagi, dalam timbunan perkataan-perkataan lain, Heidegger lebih senang memilih kata tersebut dan menakrifkannya kembali. Kita menyedari, bukan semua yang membaca temubual ini arif dengan buku anda—Heidegger on Ontotheology. Justeru, bolehkah anda huraikan apa yang Heidegger maksudkan dengan ontoteologi?
Iain Thomson: Sudah tentu boleh! Biar saya berikan jawapan yang mudah dan langsung. Ontoteologi adalah usaha untuk memahami realiti secara serentak, iaitu daripada dalam-keluar (secara ontologi) dan dari keluar-dalam (secara teologi). Dalam tanggapan yang serius dan berhati-hati, huraian ontoteologi sebenarnya memerlukan 60 muka surat sepertimana yang terdapat dalam buku saya. (Jadi, filsuf yang membaca temubual ini harus memaafkan beberapa kesimpulan mudah yang saya lakukan di sini.)
Bagi Heidegger, metafizik bukanlah sesuatu yang asing dari menara gading, sepertimana yang dirasakan oleh para filsuf. Bahkan, hakikatnya struktur-struktur metafizik adalah sangat dekat dengan realiti kita. Metafizik adalah ¨sejarah bahawa kita adalah¨…—iaitu seperti makna yang Hedeigger telah gariskan. Justeru, diusulkan bahawa kepekaan realiti kita sebenarnya adalah berubah menurut masa. Saya boleh jelaskan pandangan ini menerusi apa yang saya panggil sebagai ¨ontologi kebelakaan¨ (ontological holism). Dalam kata mudah, setiap perkara adalah ¨itu.¨ Jadi, bila kita merubah kepekaan kita pada ¨apa perkara itu,¨ maka kita juga turut merubah kepekaan kita pada ¨setiap perkara itu.¨ Idea ini sebenarnya berasaskan kepada kepekaan perubahan realiti kita. Ini di mana dalam doktrin Heidegger, perkara ini dikenali sebagai ¨kesejarahan.¨ (Persoalan ini sekaligus sejajar dengan timbal-balas bagi tabula rasa kita terhadap asas kemanusiaan bagi realiti yang seharusnya dalam keadaan nisbi. Walau bagaimanapun, di sini, tabula rasa lazimnya adalah terpendam dengan sendirinya dalam faham kesejarahan kejadian.) Dekonstruksi terkenal Heidegger pada sejarah ontology menunjukkan di sana terdapat sekurang-kurangnya lima sejarah pada tempoh yang berbeza (Pra-Socrates, Plato, pertengahan, moden, and pasca-modern). Kelima-limanya adalah bertindan tapi sentiasa berbeza dan keru kefahamannya. Malah, kita dapat lihat setiap satunya dibezakan menerusi perbezaan sejarah tentang ¨apakah itu¨ dan tentang ¨apakah bendanya itu.¨ Ontoteologi bermula dari fakta, iaitu sewaktu Heidegger memikirkan bahawa setiap perbezaan ontoteologi akan merubah setiap latar bagi setiap sejarah zaman. Bagi Heidegger, metafiziknya adalah lebih tertarik kepada anjakan perspektif dan usaha untuk menstruktur semula asas kepekaan realiti kita. Hal inilah yang disebut Heidegger sebagai ontoteologi. Sebab itu, menurut Heidegger lagi, setiap ahli metafizik yang hebat adalah semuanya terdiri sebagai ahli ontoteologi. Malangnya, tidak semua ahli ontoteologi adalah ahli metafizik yang hebat. Ini kerana, tidak semua daripada ahli ontoteologi tersebut dapat menukar kepekaan realiti kita.
Maka, di sini kita memerlukan sejarah. Bertitik tolak dari sini, maka saya ingin mneyatakan bahawa tradisi ontoteologi adalah bermula semenjak Thales dan Anaximander lagi. Dalam kata lain, usaha ini—merujuk kepada Thales dan Anaximander—merupakan pengembalian kepada akar falsafah Barat. Mari kita ingat balek kepada apa yang diungkapkan Thales tentang asas realiti, yakni air. Ini bermakna, air merupakan elemen asas yang terdapat dalam semua benda. Jadi, tak mustahil, Thales adalah ahli ontologi yang pertama. Kini, ahli fizik mutakhir telah menimbulkan sama ada adakah elemen asas kepada realiti itu adalah zarah subatom atau supertetali. Semua perbahasan fizik semasa ini sudah tentu merupakan lanjutan dari apa yang telah Thales kemukakan. Selain Thales, Anaximander yang juga murid kepada Thales, dan menyatakan bahawa asas realiti ialah ¨apeiron.¨ Istilah apeiron adalah merujuk kepada ketakterhinggaan, sebagai gambaran kepada tak terbatasnya bagi setiap keberadaan. Justeru, Anaximander cuba untuk memahami asas realiti kita menerusi kerangka luar, atau melihat dari atas. Semua usaha ini sebenarnya adalah maksud Heidegger bagi teologi dalam ontoteologi.
Sebelum itu, jika kita menganggap Thales adalah ahli ontologi yang pertama, maka Anaximander adalah ahli teologi yang pertama juga. Manakala, Plato pula adalah ahli ontoteologi yang pertama (atau ¨ahli metafizik yang pertama,¨ sepertimana yang sering Heidegger katakan. Ini kerana, Heidegger memahami metafizik sesuai dengan ontoteologi). Pada masa Plato, ia secara tak langsung cuba mengisi idea-ideanya menerusi ontologi dan teologi serentak. Sebagai contohnya, ¨symposium¨ Plato memaparkan keindahan dua aspek ini. Pertama, sebagai gabungan segala jenis keindahan (iaitu suatu pemaknaan terhadap keindahan fizikal, keindahan seni, keindahan peraturan, dan sebagainya, dan semuanya adalah bernuansa keindahan. Kedua, sebagai yang paling indah dari segala keindahan. Atau pun contoh keindahan teragung, di mana ini sudah tentu lebih indah dari segala apa yang ada di dunia. Aspek ini juga merupakan pandangan Nietzsche yang menyelar kalangan Platonis ekoran ketakpuasan nihilistiknya berbanding dengan keindahan dunia ini. Aristotle pula, sepertimana yang kita sedari, merupakan tokoh yang pertama membezakan antara dua jalur dalam usaha untuk memahami asas realiti. Aristotle merupakan ahli ontoteologi yang paling wibawa. Kita boleh katakan demikian kerana ontoteologinya telah membezakan antara dua tahap. Aristotle telah membezakan antara yang pertama dan yang kedua bagi tahap pengisian atau kehadiran (ini juga bermakna perbezaan antara ¨apa¨ dan ¨bahawa¨). Dua hal ini yang telah mempengaruhi falsafah pada zaman pertengahan, dan memunculkan perbahasan tentang perbezaan antara zat dan keberadaan, seterusnya mengariskan kesamaran ontoteologi yang terdapat dalam teras tradisi Barat. Pada saya, membaca Heidegger, sebenarnya mendedahkan kita pada Nietzsche juga. Ini kerana Nietzsche adalah pemikir yang terang-terangan adalah anti-metafizik—terutamanya terhadap ontoteologi. Pada Nietzsche juga, metafizik akhirnya banyak digunakan untuk mempertahankan kuasa yang sedia ada.
Walau bagaimanapun, sebelum ini, tiada siapa yang sedar, bahawa Heidegger sebenarnya turut memikirkan bahawa kefahaman teknologi kita adalah berakar dari ontoteologi Nietzschean….
Anda benar bila menyebutkan bahawa ontoteologi adalah perhatian utama saya pada Heidegger. Saya fikir, ontoteologi Heidegger mampu menawarkan latar kefalsafahan yang bermakna. Ini boleh dilakukan menerusi bentuk kefalsafahan yang lebih kritis dan membina terhadap tulisan-tulisannya. Namun, perlu ditegaskan juga, buku saya cuba memaparkan pemikiran Heidegger itu adalah memperkayakan lagi pengetahuan kita mengenai Heidegger, terutamanya menerusi pandangan ontoteologinya. Semua ini dapat dilakukan lagi lebih-lebih lagi pembacaan karya-karyanya secara lebih mendalam, di samping menafsirkan pandangannya dengan lebih simpati dan persuasif lagi. Aspek-aspek ini bukan terbatas pada ontoteologi saja, tapi turut merangkumi teknologi dan pendidikan. Malah, tak mustahil termasuk juga hubungan antara falsafahnya dan Nazisme.
Monday, May 4, 2009
Ereignis - Iain Thomson (3)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ah, ereignis..., atau, kalau deleuze atau badiou, 'l'événement' [the event]
- burhan
Post a Comment