Shora-ye Negaban-e Qanun-e Assassi, iaitu badan yang membantu menyelia proses pengundian di Iran, telah mengeluarkan kenyataan bahawa bendera Iran dan sebarang pelekat berwarna hijau adalah diharamkan sewaktu hari pengundian, Jumaat nanti.
Abbas-Ali Kadkhodaei, jurucakapnya berkata bahawa bendera Iran dan warna hijau telah pun diperkenalkan serta digunakan secara meluas sepanjang kempen oleh calon-calon tertentu.
¨Penggunaan sebarang lambang kempen termasuk bendera Iran dan warna hijau adalah dilarang sama sekali, dan para pengundi seharusnya mematuhi perintah ini,¨ kata Kadkhodaei dalam berita Mehr.
Pencabar terkuat Mahmoud Ahmadinejad, Mir-Hossein Mousavi sebelum ini telah menggunakan warna hijau sebagai warna kempen mereka sementara kem Ahmadinejad pula menggunakan bendera Iran sebagai simbolnya.
Pilihanraya Presiden Iran akan diadakan pada Jumaat, 12 Jun 2009.
No comments:
Post a Comment