www.flickr.com

Thursday, June 11, 2009

Kem Mousavi Kritik Sikap IRIB

Pasukan kempen Mir-Hossein Mousavi telah melakukan aduan ke atas IRIB ekoran keputusannya memberi waktu yang lebih pada Mahmoud Ahmadinejad. Apatah lagi masa yang diberikan Mahmoud Ahmadinejad itu digunakannya untuk mengkritik para pencabarnya dalam pilihanraya presiden Iran.

Qorban Behzadian, ketua kempen Mousavi berkata bahawa sikap IRIB itu adalah bercanggah dengan akta pilihanraya.

Menurut IRNA, Ahmadinejad telah muncul selama menerusi program TV pada Rabu lepas untuk mempertahankan dirinya dari kritikan para pencabarnya ekoran lanjutan isu dari debatnya bersama para pencabar-pencabarnya sebelum itu.

Asalnya, IRIB mengesa calon-claon presiden agar tidak mengkritik pencabar yang tak terlibat dalam debat. Namun sebaleknya, bagi calon yang tak hadhir dalam debat tersebut, ia akan diberi masa sedikit waktu untuk mempertahankan diri masing-masing.

¨IRIB hanya memberi 100 saat pada Mousavi untuk mempertahankan dirinya, manakala Ahmadinejad pula telah diberi sehingga 38 minit dalam debatnya sewaktu tanpa kehadhiran Mousavi,¨ kata Behzadian. ¨Walhal, masa yang sebenar adalah hanya 20 minit sahaja,¨ tegas Behzadia lagi.

No comments: