www.flickr.com

Tuesday, June 9, 2009

Iran Mula Dibanjiri Wartawan

Wartawan dari 44 buah negara dilaporkan akan ke Iran untuk membuat liputan langsung sempena pilihanraya Presiden yang dijadualkan Juma’at ini, 22 Khordad 1388, bersamaan 12 Jun 2009.

“Hingga setakat ini, 265 wartawan, jurukamera, jurucakap telah tiba di iran untuk membuat liputan,” kata pegawai dari kementerian kebudayaan, Mohsen Mohsen Moqaddaszadeh, sepertimana yangd ilaporkan IRNA.

Malah, Moqaddaszadeh menambah, negara-negara seperti Britain, Perancis, Jepun, Amerika Syarikat serta Jerman adalah antara yang memohon untuk memperoleh visa bagi membuat liputan tersebut.

Presiden Iran sekarang, Mahmoud Ahmadinejad, bersama mantan perdana menteri Mir-Hossein Mousavi, juga speaker parlimen Iran dua penggal Mehdi Karroubi, serta mantan Pemimpin Tertinggi Sepah-e Pasdaran, Mohsen Rezai, akan bertarung dalam pilihanraya yang dijangka tersengit dalam sejarah Iran.

Malah, Suruhanjaya Pilihanraya Iran turut meramalkan jumlah mereka yang turun mengundi paling besar dalam sejarah pilihanraya Iran pada Jumaat nanti.

No comments: